Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan mendedahkan secara terbuka maklumat siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, di Dewan Rakyat atas alasan akan mengganggu proses pengesanan suspek, selain boleh menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN tidak akan mendedahkan secara terbuka maklumat siasatan kes serangan terhadap anak ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafi Ziramli di Dewan Rakyat.
00:11Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasutun Ismail berkata, jika didedahkan, ia akan mengganggu proses pengesanan suspek selain boleh menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
00:21Dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen, beliau berkata permintaan untuk dibuat pengesahan terbuka di Dewan Rakyat mengenai kes serangan anak Rafi Zee itu tidak dapat ditunaikan atas hujah tersebut.
00:34Beliau menjawab soalan Rafi Zee sama ada Menteri Dalam Negeri akan mengesahkan secara terbuka beberapa maklumat yang disampaikan secara pribadi kepada beliau pada 1 Disember 2025 berhubung hasil siasatan pihak berkuasa mengenai dalang di sebalik serangan ke atas anaknya yang berlaku pada 13 Ogos 2025.
00:55Dalam pada itu, Saifuddin memberi jaminan KDN akan memastikan keadilan ditegakkan tanpa kompromi.
01:02Dalam kejadian 13 Ogos tahun lalu, anak lelaki tunggal Rafi Zee yang berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
01:13Polis Diraja Malaysia PDRM melaporkan 19 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk ahli keluarga, pemandu dan pekerja Rafi Zee selain pihak pengurusan premis.
01:25Rakaman kamera ditar tertutup CCTV di lokasi kejadian juga diteliti, namun imej diperoleh tidak begitu jelas dan masih belum dapat mengenalpasti individu terbabit.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended