00:00Menteri Pertahanan Datuk Seri Mahmud Khalid Nur dimaklumkan pentahulian kapal tempoh pesisir LCS1 KD Maharaja Lela akan dibuat pada Desember 2026 iaitu lewat 4 bulan berbanding jadual asal pada Ogos tahun ini.
00:14Bagaimanapun jelas beliau kemajuan keseluruhan projek LCS telah mencapai 75.75% sebenar berbanding 81.57% perancangan dengan Sea Trial penuh dijangka dimulakan pada awal April 2026.
00:30Berdasarkan maklum balas oleh LUNAS yang dikemukakan kepada pasukan projek, jadual pentahulian kapal LCS1 dipindah ke bulan Desember 2026, maknanya memang ada lewat 4 bulan.
00:46Manakala bagi kapal LCS2 pula dipindah ke Ogos 2027.
00:50Bagi kapal-kapal berikutnya pula, pentahulian LCS3 kekal pada Desember 2027, LCS4 pada Ogos 2028 dan LCS5 pada April 2029.
01:10Tambah Khalid, kelewatan penyerahan LCS1 ini berpunca daripada beberapa faktor selain keutamaan tentera laut diraja Malaysia TLDM tentang aspek keselamatan, mematuhi spesifikasi serta boleh mencapai tahap kesiapsagaan operasi yang ditetapkan.
01:27Kita harus faham bahawa kelewatan ini bukanlah sesuatu yang disengajakan, ia adalah punca dari segi, dari soal peralatan, kelewatan penghantaran peralatan daripada pihak OEM.
01:43Jadi dalam soal ini untuk pastikan kelewatan itu benar-benar dapat kita uruskan dengan baik, maka pihak kita beri perhatian kepada soal penjadualan semula penghantaran peralatan OEM dapat kita selaraskan.
02:03Dan satu lagi ialah soal pelaksanaan semula pemasangan perpaipan dan juga kabel, kesan daripada teguran desain authority iaitu Naval Group.
02:15Naval Group buat audit, lihat supaya semua kerja berjalan bagaimana spesifikasi dan mereka telah membuat teguran supaya ditambah baik ataupun rework pemasangan perpaipan dan juga kabel.
02:31Dan untuk makluman ada 4,000 unit pipe. Jadi diminta supaya dikaji semula dan dipasang semula buat penambahbaikan dan begitu juga dengan kabel.
02:43Jadi semua ini perlu dilakukan supaya kapal yang kita terima nanti benar-benar dalam keadaan selamat dan juga ikut spesifikasi.
02:52Jadi dia bukanlah satu kelewatan yang sengaja tetapi sesuatu yang kita sedia maklum bahawa ini merupakan kapal pertama kita buat dalam negara kita.
03:06Tentunya ada cabaran, tentunya ada pengajaran yang didapati.
03:08Yang pentingnya kita beri ruang-ruang untuk tenaga tempatan kita dapat ilmu, pengetahuan, kemahiran, keupayaan untuk bina kapal ini.
03:18Dan bila kapal pertama ini siap, ini akan jadi platform, asas, template untuk kapal 2, 3, 4, 5 dapat disiapkan.
03:26Atas sebab itulah, satu dan dua saja ada sedikit lewat tetapi jaminan diberi 3, 4, 5 ikut jadual.
03:33Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Iqmal Hisham Abdul Aziz yang mahu tahu status prestasi C-Trial dan jika ia dapat ditawliahkan mengikut jadual seawal bulan Oges 2026.
Comments