00:00Pertama sekali, izinkan saya tegaskan Penderian Kementerian Tahanan dengan sejelas-jelasnya
00:07bahawa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kegelinciran integriti adalah perbuatan yang keji, hina dan tidak bermoral
00:17yang sangat bercanggahan dengan nilai, sikap dan budaya sebenar Kementerian Pertahanan.
00:24Segala perbuatan keji dan tidak bermoral tersebut bukan sahaja bercanggahan dengan wibawa yang sesungguhnya suci kepada ATM
00:34tetapi ia juga adalah pengkhianatan yang besar terhadap sumpah setia untuk membela ibu pertiwi dengan seluruh jiwa dan raga.
00:44ATM bukan sebuah kolam rasuah. ATM bukan berfungsi sebagai ekosistem nasional yang dipacu dengan imbuhan
00:53ganjaran dan pemberian yang keji dan tidak halal.
00:58Elemen buruk sedemikian bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat
01:03dan menjejaskan persepsi terhadap kehebatan serta keunggulan Angkatan Tentera Malaysia.
01:10Ia menghianati tujuan moral sebuah angkatan persenjataan negara yang berdaulat.
01:18Kedua, apa jua perbuatan jenayah berkaitan integriti dan moral
01:23terutamanya rasuah dan salah guna kuasa
01:26tidak boleh sama sekali dianggap sebagai hanya penyelewengan dan salah laku pentadbiran.
01:34Ia sebetulnya adalah satu ancaman besar terhadap keselamatan negara.
01:38Saya ulangi, rasuah dan apa sahaja bentuk kompromi terhadap integriti adalah ancaman terhadap keselamatan negara.
Comments