Skip to playerSkip to main content
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin seru kerajaan untuk wujudkan sebuah dasar ekonomi Bumiputera yang baharu.

Menurutnya, masalah Bumiputera bukan masalah kaum tetapi ia adalah komponen besar daripada masalah rakyat.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Adakah kerajaan di bawah kepimpinannya bersedia untuk melaksanakan sebuah dasar ekonomi Bumi Putera yang baru
00:08yang akan menyediakan ianya sebagai dasar indok kerajaan?
00:13Sebagai sebuah dasar indok, dasar ini akan memayungi dan memandu dasar-dasar kerajaan yang lain yang dilaksanakan di negara ini.
00:23Dasar ini hendaklah menetapkan bahawa setiap dasar kerajaan baik dalam bidang perindustrian, pelaburan, pembangunan usahawan, perumahan, pembangunan bandar, pendidikan, latihan, ekonomi digital dan lain-lain
00:42mestilah mempunyai komponen agenda Bumi Putera dengan sasaran-sasaran yang boleh dicapai.
00:49Dan sebagai dasar indok kerajaan, seluruh jentera kerajaan baik di peringkat kementerian, jabatan dan agensi akan digerakkan
00:58untuk mencapai sasaran-sasaran pembangunan sosio-ekonomi Bumi Putera ini.
01:05Dan dasar ini juga hendaklah memastikan pertumbuhan ekonomi negara sentiasa rancak dan kepentingan kaum-kaum lain terus dipelihara.
01:14Isu ini, Tansi Yandip Tua telah pun kerap saya bangkitkan.
01:18Masalah Bumi Putera bukan masalah kaum.
01:22Masalah Bumi Putera adalah sebahagian komponen besar daripada masalah rakyat sebenarnya.
01:28Kalau peratusan Bumi Putera dan peribumi yang ada di Sabah dan Sarawak itu dikatakan lebih daripada 60%,
01:36tetapi penguasaan ekonomi semakin hari semakin merosot.
01:42Yang lepas saya tahu adalah lebih kurang 16%.
01:45Sekarang ini mungkin sudah turun ke bawah 15%.
01:48Semakin mengembang ekonomi tapi kek yang dikuasai oleh Bumi Putera semakin mengecil.
01:54Dan kalau kita lihat daripada secara yang lampau pun, kalau isu ini berterusan,
01:57saya tidak nak mengulangi zaman waktu Al-Marhum Tun Abdul Razak yang mencipta dasar ekonomi baru.
02:05Tidak diambil kira dalam situasi keadaan baru pada hari ini,
02:09saya bimbang bahawa isu ini akan mencetuskan keadaan kestak stabilan politik dan sosial
02:16yang boleh membawa kesan pada pembangunan yang sudah pun dilaksanakan dan dirancangkan oleh kerajaan.
02:22Sebab itu saya ulang balik semula, wujudkan sebuah dasar ekonomi Bumi Putera yang baru.
02:30Yang dahulu waktu kami mentadbir negara, kita perkenalkan dasar kemakmuran bersama.
02:36Bukan hanya mengambil kira kepentingan Bumi Putera,
02:39tapi keseimbangan mengambil kira kepentingan yang bukan Bumi Putera.
02:43Supaya tidak ada satu kumpulan pun dalam masyarakat kita yang pelbagai kaum ini tertinggal.
02:48Bagi sebab itulah saya mohon supaya perkara itu diberikan perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan kita pada hari ini.
Comments

Recommended