00:00Nilai ringgit yang menunjukkan peningkatan kebelakangan ini tidak hanya dipacu oleh faktor luaran, khususnya kelemahan dolar Amerika Syarikat, tapi turut disokong oleh ketahanan dan pengukuhan asas ekonomi Malaysia sendiri.
00:12Menurut penganalisis ekonomi Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakaria Abdur Rashid, dua faktor ini saling melengkapi dan menjadi asas kepada prestasi positif mata wang negara pada ketika ini.
00:23Jelasnya dolar Amerika yang kini berada dalam kedudukan lebih lemah berbanding tempoh sebelumnya sekaligus membuka ruang kepada mata wang serantau termasuk ringgit untuk mencetakkan pengukuhan.
00:35Namun beliau juga menegaskan bahawa pengukuhan ini juga berkait rapat dengan usaha berterusan negara dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
00:43Antara petunjuk utama yang menyokong pengukuhan ini termasuk pertumbuhan keluaran dalam negara kasar, KDNK, kadar pengangguran rendah, selain pendapatan pekerja serta isi rumah terus menunjukkan peningkatan, walaupun negara masih melalui fasa pemulihan ekonomi global yang perlahan.
01:00Dalam benda itu, tambah beliau, inflasi yang terkawal terus membantu mengekalkan kestabilan harga dan menyokong keyakinan pengguna.
01:06Kemasukan pelaburan langsung asing FDI yang memberansangkan juga, mezahirkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi Malaysia.
01:15Di samping itu, aliran modal jangka pendek yang memasuki pasaran tempatan serta peningkatan ketibaan pelancong asing terus menjadi pemangkin kepada momentum ekonomi negara.
01:24Jadi dalam jangka panjang, bermakna pengukuhan ekonomi itu nampak ketara dan confidence daripada pelabur ada.
01:33Jadi ini akan menunjukkan bahawa long-term exchange rate for ringgit akan menjadi lebih cerah, menjadi lebih baik lagi.
01:42Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa langkah-langkah polisi AS dalam menangani isu dedolarisasi mungkin memberi kesan risiko kepada pergerakan matawang global termasuk ringgit.
01:53AS dijangka mengambil tindakan tertentu untuk mengekalkan tarikan dolar sebagai matawang utama dunia yang boleh memberi tekanan semula kepada matawang negara sedang pesat membangun.
02:04dan berfaat membangun.
02:12Terima passes.
Comments