Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata KBS belum ada perancangan khusus untuk membina stadium olahraga bertaraf antarabangsa yang baharu memandangkan fasiliti seperti Stadium Nasional Bukit Jalil sedia ada patuhi piawaian World Athletics.

#SisiTVParlimen
Transcript
00:00Kemaluman Alian Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan komited dalam memperkasakan pembangunan sukan, terutamanya sukan berprestasi tinggi termasuklah menerusi penyediaan fasiliti dan kemudahan sukan yang terbaik
00:09serta mematuhi piawayan yang ditetapkan terutamanya oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa atau IF.
00:15Namun yang demikian, KBS ketika ini tidak mempunyai perancangan khusus bagi pembinaan stadium olahraga bertaraf antarabangsa yang baharu.
00:22Memandangkan fasiliti sukan sedia ada seperti Stadium Nasional Bukit Jalil telah mematuhi piawayan World Athletic Standards dengan izin.
00:30Penganjuran acara sukan olahraga maksudlah badan sukan boleh mempertimbangkan pemilihan lokasi acara sukan sedia ada bagi penganjuran kerjahanan atau pertandingan serta latihan tertakluk kepada peraturan dan tata cara yang sedang berkuat kuasa.
00:42Fasiliti dan kemudahan sedia ada boleh digunakan secara optimum, ekonomi dan berkesan.
00:47Berhubung pembinaan universiti khusus pula, KBS mengambil maklum dan menghargai akan cadangan ini.
00:52Sebagaimana ahli yang berhormat sedia maklum, penubuhan universiti adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT.
00:58Pada masa ini, institusi pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai bidang tujuan yang pelbagai, termasuk bidang berkaitan sukan yang ditawarkan secara berperingkat mengikut keperluan melalui institusi sedia ada.
01:09Berdasarkan statistik masa, sebanyak enam institusi pendidikan tinggi awam dan lima institusi pendidikan tinggi swasta di seluruh negara menawarkan kursus berkaitan bidang sukan.
01:21Statistik terkini mencatatkan enrollment dalam kalangan warga negara bagi peringkat sarjana muda dalam bidang sukan adalah seramai 4,016 orang pelajar di IPTA dan 710 orang pelajar di IPTS.
01:33Bagi menyokong pengajian atlet di IPT pula, KBS turut menawarkan biasiswa sukan persekutuan menerusi peluang biasiswa pendidikan.
01:41Inisiatif ini ditawarkan kepada atlet yang masih aktif bergiat dalam bidang sukan, mencapai prestasi yang cemelang sekurang-kurangnya dalam pertandingan majlis sukan di peringkat sekolah-sekolah ASEAN
01:50atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya, serta mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.
01:57Sejak ditawarkan pada tahun 1987, biasiswa sukan persekutuan telah memanfaatkan seramai 1,349 orang penerima sehingga tahun 2025.
02:07Biasiswa ini akan diteruskan bagi tahun 2026 dengan peruntukan sebanyak 2 juta ringgit.
02:13Selain itu, Majlis Sukan Negara MSN juga telah memperkenalkan inisiatif sokongan pendidikan dan kerjaya termasuk menjalinkan kerjasama strategik bersama IPTA
02:22seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Melayu dan Universiti Putra Malaysia menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet.
02:31MSN turut menyediakan laluan peralihan kerjaya kepada atlet golongan belia ke bidang kejurulatihan, kepegawaian teknikal dan profesional sukan
02:40selepas tamat tempoh sebagai atlet di samping kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan ataupun JLC, syarikat swasta serta agensi-agensi kerajaan
02:49bagi menyediakan peluang kerjaya selepas tamat penglibatan dalam sukan berprestasi tinggi.
02:55Mengambil kira perkembangan ini bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vocational atau TVET,
03:00KBS turut menawarkan bidang TVET berasaskan sukan menerusi Institut Kemahiran Sukan Negara, IKSN.
03:06di Kuala Langat, IKSN menawarkan latihan kebahiran khusus dalam bidang sukan seperti permotoran, penyelenggaraan fasiliti, terapi dan KDGov.
03:16Suka untuk saya berkongsi juga TVET berasaskan sukan semakin mendapat tempat di industri dengan kadar keboleh pasaran graduan hampir 90% bagi tahun 2024.
03:27Seterusnya, kerjasama strategik di antara KBS dan pemegang taruh sukan terus diperkukuhkan menerusi perkongsian kepakaran dan pengalaman
03:34terutamanya menerusi inisiatif Pusat Satellite Institut Sukan Negara, IKSN, melibatkan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan.
03:42Sebanyak tujuh IPTA terlibat dengan inisiatif ini, yaitu Universiti Melayu, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
03:50Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pelis, dan Universiti Sultan Zainal Abidin, dan Universiti Malaysia Sabah.
03:58Usaha dan ikhtiar perusahaan akan terus digerakkan KBS demi memperkasakan pembangunan sukan Malaysia.
Comments

Recommended