00:00Kementerian Kesehatan Malaysia, KKM terus memperkukuh kesiapsiagaan melalui saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa, khususnya membabitkan pengembara dari negara berisiko ekoran situasi wabak penyakit NIPAH di West Bengal, India.
00:13Dalam kenyataannya, ia menyebut pengawasan perterusan akan dipertingkatkan termasuk pemantauan rapi di lapangan serta pengukuhan kapasiti makmal negara bagi memastikan pengesanan awal dapat dilaksanakan.
00:24Menurut KKM, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan turut dipertingkatkan selaras dengan pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan, merangkumi amalan pencegahan dan kawalan infeksi, IPC serta kerjasama rentas sektor dan antara agensi akan terus diperkukuh.
00:41Langkah ini bagi melindungi kesihatan awam serta mencegah sebarang risiko kemunculan semula penyakit NIPAH di negara ini.
00:48Kenyataan itu menambah Malaysia tidak melaporkan sebarang kes penyakit NIPAH sejak 1999.
00:52Namun KKM kekal berwaspada terhadap risiko pendularan rentas sempadan susulang kejadian dan jangkitan secara sporadik di beberapa negara lain.
01:03Selain itu, pemantauan berterusan juga dipertingkatkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia melalui pendekatan One Health di mana tiada virus NIPAH dikesan dalam kalangan haiwan domestik atau liar.
01:19Sementara itu, kerjaan tersebut turut menasihatkan orang awam khususnya pengembara di kawasan berisiko tinggi untuk menjaga kebersihan diri mengelakkan sentuhan dengan haiwan yang sakit atau pengambilan produk yang disyakit tercemar.
01:32Terima kasih.
Comments