Skip to playerSkip to main content
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap untuk tidak menghukum Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga mengganggu motivasi dan moral anggota pertahanan negara.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Saya juga ingin menyampaikan kepada Dewan Yang Mulia ini, agar segala masalah yang terbit tentang beberapa pegawai ATM kebelakangan ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghukum keseruhan ATM sebagai sebuah institusi yang rosak dan tidak berintegriti.
00:19ATM pada asasnya masih berfungsi sebagai sebuah institusi pertahanan nasional yang hebat, unggul dan berfungsi dengan baik yang menyumbang secara langsung kepada kestabilan negara, kepada kemakmuran ekonomi dan kepada keamanan yang sedang kita nikmati hari ini.
00:42Di sebalik segala kecaman dan persepsi yang negatif yang melanda, anggota-anggota ATM hari ini masih gigih, ikhlas dan setia berkhidmat tanpa mengharap balasan walaupun berada di bawah tekanan dan tomahan.
01:01Justru, saya menyuruh ahli-ahli yang berhormat dan seluruh rakyat Malaysia agar bersikap munasabah dan berkeadilan dalam kritikan serta teguran terhadap ATM.
01:16Ya, ATM tidak sempurna 100%. Sudah tentu ada ruang untuk diperbaiki dan ditambah baik.
01:23Hujudan elemen yang rosak dalam kalangan segelintir anggota tidak bermakna keseluruhan sistem itu bobrok dan gagal.
01:34Perbuatan segelintir yang tidak bertanggungjawab sama sekali tidak mewakili keseluruhan warga ATM.
01:42Rasuah dan penyelewengan bukan sinonim dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Sistem Pertahanan Nasional.
01:50Justru, saya berharap kita semua tidak menghukum ATM sehingga mengganggu motivasi dan moral anggota perkhidmatan pertahanan kita
02:00dan menjadi tanggungjawab kita sama-sama untuk memastikan kebenaran dan keadilan itu seiring dan saling mendukung.
02:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended