Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Operasi pemadaman kebakaran kebun melibatkan kawasan tanah gambut di Sungai Kapal, Taman Bayu Damai yang berlaku sejak Jumaat lepas kini mencapai 50 peratus setakat 7 malam, Selasa.
Transcript
00:00Operasi pemadaman kebakaran kebun melibatkan kawasan tanah gambut di Sungai Kapal, Taman Bayu Damai yang berlaku sejak Jumat lepas, kini mencapai 50% setakat 7 malam selasa.
00:11Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM Johor, maklumkan operasi pemadaman berjaya mengawal dan memadam kira-kira 49.8 hektare atau hampir 50% daripada keseluruhan 99.55 hektare kawasan kebakaran dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu.
00:30Seramai 26 anggota JBPM terlibat dalam operasi dengan kekuatan centera melibatkan sebuah fire rescue tender, sebuah Hilux, sebuah Hydrosub dan sebuah lori tiketan.
00:42Operasi turut mendapat kerjasama agensi luar termasuk polis diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Pengerang, Jabatan Pengairan dan Seleran JPS, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar.
00:56Hantaran itu maklumkan bahawa berdasarkan maklumat terkini, kebakaran melibatkan kawasan seluas 99.55 hektare dengan tahap kemeribatkan tinggi selepas cuaca kering dan berangin,
01:08menyebabkan asap tebal merebak ke kawasan perumahan sekitar Taman Bayu Damai.
01:13Bagi membantu penilaian tahap kemeribatkan dan keadaan kawasan, unit drone dari Zon 2 telah digerakkan.
01:19Operasi menghadapi cabaran berikutan sumber air yang terhad dan laluan masuk ke lokasi kebakaran yang sukar diakses.
01:27Sebuah jentera ekskavator sewaan daripada Majlis Perbandaran Pengerang turut digunakan untuk membina firebreak bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak.
01:36Operasi pemadaman dilaksanakan secara berperingkat melibatkan dua sektor utama.
01:42Di sektor B, tumpuan diberikan kepada kerja-kerja pemadaman menggunakan aliran host sepanjang 500 kaki dengan bantuan breaching dan pancutan nozzle selain pembinaan firebreak.
01:52Manakala di sektor A, anggota bomba bersama APM dipecahkan kepada dua kumpulan bagi memadam kebakaran di belakang kawasan perumahan Taman Sungai Kapal menggunakan pump jentera, pump angkut dan sumber air pilih bomba berhampiran.
02:06Selain itu, JPS membantu dengan kerja-kerja pengaliran air menggunakan mini ekskavator dan mengepam air dari sumber terbuka menggunakan peralatan hidrosab bagi membanjir di kawasan kebakaran.
Comments

Recommended