Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes seorang pelajar tahfiz yang mendakwa dipukul oleh tiga rakan pelajar di institusi tahfiz yang sama, 18 Januari lalu.
Transcript
00:00Seterusnya, polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes seorang pelajar tahfiz yang mendakwa dipukul oleh tiga rakan pelajar di institusi tahfiz yang sama 18 Januari lalu.
00:11Kejadian itu mengatibatkan mangsa mengalami lebam dan bengkak pada kedua-dua tangan.
00:16Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazrun Abu Yusof maklumkan laporan polis diterima pada Isnin lalu, kira-kira jam 11.28 pagi.
00:24Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 18 Januari lalu sekitar jam 12.30 tengah malam namun punca sebenar insiden berkenaan masih dalam siasatan.
00:34Menurut beliau, mangsa dilaporkan mengalami kesederaan berupa lebam dan bengkak di tangan kiri dan kanan akibat kejadian tersebut.
00:41Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:52Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai menyiasat kes Sarjan Mohd Hanifah bin Abdul Rajik di talian 019-735-6544.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended