00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan di Seremban, Petang Selasa.
00:11Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Azhar Abdul Rahman Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan MERS 1999 kira-kira 15 petang memaklumkan kematian kanak-kanak berkenaan.
00:22Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas dipercayai ditinggalkan oleh ibunya berusia 35 tahun pada 8 pagi yang bekerja di sebuah bank berhampiran.
00:35Ibu mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh dan kejadian hanya disedari kira-kira 5 petang selepas ibu mangsa selesai bekerja.
00:43Azhar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja'afas Seremban sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk berdas siasat bagi mengenalpasti punca kematian.
00:54Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
Comments