Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Status kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharajalela dan proses kawal selia penentusahan umur di platform media sosial antara perkara yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:00Status kemajuan pembinaan kapal tempur pesisir LCS1 KD Maharaja Lila dan proses kawal selia penentusan umur di platform media sosial antara perkara yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:13Berdasarkan aturan urusan mesyuarat di laman sesawang perasmi Parlimen, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Iqmal Hisham Abdul Aziz dalam sesi soal jawab lisan meminta Menteri Pertahanan
00:23menyatakan status prestasi Sea Trial LCS1 dan sama ada kapal itu dapat ditawliahkan mengikut jadual seawal Ogos tahun ini.
00:33Ahli Parlimen Bukit Bendera, Sherlina Abdurashid pula melontarkan soalan kepada Menteri Komunikasi berhubung cadangan kerajaan untuk mengawal selia proses penentusan umur
00:43bagi platform media sosial memandangkan ia melibatkan pemberian butiran peribadi warga negara kepada platform asing yang berpangkalan di luar negara.
00:52Sementara itu, Ahli Parlimen Araw, Datuk Seri Dr. Syahidan Qasim, menyoal Menteri Belia dan Sukan mengenai sebab Malaysia tiada stadium bertaraf antarabangsa
01:01dan universiti khusus untuk sukan dan pelangkerajaan bagi membina fasiliti modern agar atlik negara tidak ketinggalan di pentas global.
01:11Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mamad Khalid Nordin, dijangka memberi penjelasan mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia ATM pada sesi penerangan menteri.
01:21Selepas sesi ojok lisan, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja oleh Ahli Parlimen.
01:29Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac depan.
Comments

Recommended