Skip to playerSkip to main content
  • 29 minutes ago
Anugerah ini diberikan setiap dua tahun kepada individu yang menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam usaha pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.
Transcript
00:00Anak jati Sabah, Gerald Wong, pengasas dan ketua pegawai executive farm toko mengharumkan nama Malaysia apabila menerima pengiktirafan berprestij The Seven ASEAN Rural Development and Poverty Erudication Leadership Award dalam satu majlis yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
00:17Cerak merupakan antara 20 penerima anugerah daripada 10 negara anggota ASEAN sekaligus meletakkan Sabah dan Malaysia, sebaris dengan para pemimpin pembangunan luar bandar di peringkat serantau.
00:33Anugerah ini diberikan setiap 2 tahun kepada individu yang menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam usaha pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.
00:42Pengiktirafan itu diberikan atas usaha konsisten Gerald sejak tahun 2018 dalam memperkasakan komuniti luar bandar melalui pendekatan berasaskan sektor pertanian.
00:54Melalui farm toko, beliau memperkenalkan pertanian modern seperti hidroponik, akuaponik dan sistem pertanian berteknologi disokong dengan latihan kemahiran serta pembangunan ekonomi komuniti yang secara langsung membantu menjana pendapatan sampingan secara mampat.
01:10Menurut Gerald, kejayaan ini bukan milik individu semata-mata, sebaliknya milik komuniti luar bandar yang menjadi teras kepada segala inisiatif yang dilaksanakan.
01:19Katanya, pengiktirafan ini juga adalah milik komuniti luar bandar yang berani berubah, terutama belia yang memilih pertanian sebagai jalan masa depan.
01:29Selain kepada semua rakan kerjasama yang percaya bahawa pembangunan desa mesti dilaksanakan secara inklusif dan bermaruah.
01:36Majlis penganugerahan tersebut turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan ASEAN termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
01:45Pengiktirafan ini sekaligus mengukuhkan peranan Malaysia, khususnya Sabah, sebagai antara pemacu utama pembangunan luar bandar yang inklusif dan berimpak tinggi di peringkat serantau.
01:54Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended