Mangsa, Aldin Rakli, 59 tahun, dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut bersama adik iparnya akibat dipukul ombak besar dalam kejadian sekitar jam 9 Pagi khamis lalu.
00:00Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di perairan Tanjung Sirik Daro pada Khamis ditemukan tidak bernyawa.
00:10Mangsa Aldin Rakli, 59 tahun, dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut bersama adik iparnya akibat dipukul ombak besar dalam kejadian sekitar jam 9 pagi Khamis lalu.
00:21Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro, Timbalan Superintenden Rahim Mihos, sebanyak lebih kurang 22 buah bot ASAT pelbagai agensi digerakkan dalam operasi ini selain satu unit drone.
00:35Kita juga sebenarnya dibantu oleh pihak persatuan nelayan daripada kampung Tekajung dan Pulau Bluid ataupun keseluruhan nelayan daripada Pulau Bluid
00:50iaitu lebih kurang 61 orang dengan melibatkan 18 buah bot nelayan dan pada jam lebih kurang pukul 11.50 pagi mangsa telah dijumpai oleh pasokan mencari dan menyelamat
01:06di mana mayat tersebut dijumpai oleh lebih kurang 8 km dari tempat kejadian.
01:16Lokasinya di bahagian barat laut Pulau Bluid iaitu di pesisir pantai kampung Tekajung.
01:24Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.
01:29Adik ipar mangsa Kaharudin Buang, 42 tahun, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.
01:36Polis menasihatkan komuniti nelayan dan penduduk pesisir agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika ke laut
01:43termasuk memakai jaket keselamatan serta mengelak daripada keluar ke laut ketika cuaca buruk.
Be the first to comment