Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Aktivis konservatif Charlie Kirk ditembak di leher ketika berucap di Universiti Utah, menyebabkan kematian mengejut. Trump luah kesedihan atas kehilangan sekutu rapatnya.
Transcript
00:01Aktivis politik konservatif AS Charlie Kirk disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah menurut pengumuman Presiden Donald Trump pada Rabu.
00:12Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump mengesahkan dan menulis seorang tokoh hebat malah legenda Charlie Kirk telah tiada.
00:20Kirk yang berusia dalam lingkungan tiga puluhan merupakan ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama Organisasi Belia Conservative Turning Point USA.
00:32Beliau ditembak ketika sedang berucap dalam sebuah acara debat di Utah Valley University.
00:38Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan Kirk ditembak di bahagian leher ketika berucap di bawah kemah acara bertemakan The American Comeback.
00:47Kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan penonton yang hadir dan pihak berkuasa mengesahkan seorang suspek telah ditahan berhubung kejadian berkenaan.
00:57Pertemuan kali terakhir Trump dan Kirk dirakam pada Disember 2024 ketika acara America Fest anjuran Turning Point USA di Phoenix, Arizona.
01:05Turning Point USA yang ditubuhkan Kirk pada 2012 di Chicago dikenali sebagai platform politik yang memberi tumpuan kepada belia khususnya di kampus universiti bagi mengangkat agenda konservatif termasuk cukai rendah dan kerajaan kecil.
01:21Kirk berjaya membina pengaruh besar dalam kalangan anak muda Republican melalui gaya retorik lantang dan sering tampil dalam program televisyen arus perdana di Amerika.
01:30Malah beliau juga rapat dengan keluarga Trump dan sering mendapat tempat dalam acara parti Republican.
01:37Di bawah kepimpinannya, organisasi itu berkembang menjadi salah satu organisasi konservatif paling berpengaruh di Amerika Syarikat,
01:44menganjurkan konvensyen berskala besar serta melibatkan tokoh politik utama termasuk Trump sendiri.
01:49Insiden tembakan yang meragut nyawa Kirk berlaku dalam suasana Amerika Syarikat berdepan peningkatan keganasan politik termasuk beberapa serangan bermotifkan fahaman ideologi sejak tahun lalu.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended