Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Itali dilaporkan menolak kebenaran pesawat tentera AS mendarat di pangkalan Sigonella sebelum ke Timur Tengah, menurut sumber berkaitan.
Transcript
00:00Itali tolak permohonan tentera Amerika Syarikat untuk mendaratkan beberapa pesawat pengebong di pangkalan udara Sigonella di Sicily sebelum meneruskan penerbangan
00:10ke Asia Barat.
00:11Sumber media tempatan pada selasa melaporkan tindakan tersebut dibuat atas alasan tiada permohonan rasmi oleh Amerika Syarikat.
00:20Laporan turut menyatakan tentera Amerika juga gagal merujuk kepada kepimpinan Angkatan Bersenjata Itali seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian penggunaan
00:30pangkalan di negara itu.
00:31Pada masa sama pembangkang berhaluan kiri turut mendesak kerajaan menghalang tentera Amerika menggunakan mana-mana pangkalan di Itali agar tidak
00:40terheret ke kancah konflik.
00:43Perdana Menteri Giozia Meloni turut bercadang untuk mengemukakan desakan tersebut di Parlimen Itali.
00:48Sehingga kini Kementerian Pertahanan Itali tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
00:55Untuk rekod, keputusan tersebut dibuat sehari selepas Menteri Pertahanan Spanyol Margarita Robles bertindak menutup ruang udara kepada pesawat Amerika yang
01:04terlibat dalam serangan ke atas Iran.
Comments

Recommended