Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Transcript
00:00Yang dipertuan agung Sultan Ibrahim bertitah pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam adalah penting bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap
00:09dan berkesan.
00:11Seri Paduka Baginda bertitah pendekatan itu mustahak terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.
00:20Sultan Ibrahim turut mengambil maklum langkah penjimatan yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negara.
00:27Seri Paduka Baginda bertitah demikian semasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku Kuala
00:35Lumpur pada Selasa.
00:38Seterusnya, Seri Paduka Baginda juga berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi dan keselamatan negara
00:45selain taklimat kos hari hidup serta langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.
00:52Taklimat turut menyentuh aspek keselamatan negara, meliputi keselamatan dalam negeri, kawalan sempadan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan.
Comments

Recommended