Skip to main content
Kolesterol tinggi sangat berbahaya jika dibiarkan tanpa rawatan. Jika anda ada masalah ni, jom ubah pemakanan dan gaya hidup demi kesihatan yang lebih baik.

#majalahrasa #rasashare #kolesterol #caraturunkankolesterol #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Tahukah anda, kolesterol tinggi selalunya tak beri sebarang tanda, tapi bila ia menyerang, kesannya boleh jadi serius di mana ia boleh menyebabkan sakit jantung, stroke dan salur darah tersumbat.
00:09Berita baiknya, kolesterol boleh dikawal dan caranya adalah bermula dari apa yang kita makan.
00:13Pertama, pilih makanan tinggi serat larut. Serat ini bertindak seperti span, menyerap kolesterol jahat sebelum ia masuk ke dalam darah.
00:20Antara pilihan terbaik adalah seperti ut, avocado, apple dan sayur berdaur hijau.
00:25Kedua, tingkatkan pengambilan lemak baik.
00:27Omega 3 membantu menurunkan paras kolesterol LDL iaitu kolesterol jahat dan melindungi kesihatan jantung.
00:33Ikan seperti salmon, sardin dan kembung adalah pilihan paling ideal.
00:37Ketiga, bawang putih dan halia terbukti membantu melancarkan aliran darah dan menurunkan kolesterol secara semula jadi.
00:43Jadi boleh letak banyak-banyak dalam masakan.
00:45Keempat, amalkan makan kekacang dalam kuantiti sederhana.
00:48Kacang badam dan walnut kaya dengan fitosterol yang membantu menurunkan kolesterol jahat.
00:53Jadi boleh ambil kekacang ini sebagai snek harian.
00:55Nak turunkan kolesterol ini, paling penting adalah kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak tepu dan bergula tinggi.
01:01Kolesterol tak akan turun kalau tabiat makan yang lama masih diteruskan.
01:04Ingat, kolesterol tak boleh turun dalam sehari.
01:07Tapi pilihan makanan yang betul, perubahan boleh dirasai dengan lebih cepat daripada yang anda sangka.
01:11Sayangin jantung anda.
01:13Mulakan dari dapur, dari pinggan sendiri.
01:15Moga info ini boleh membantu.
01:17Ingat makan, ingat rasa.
01:18Moga bermanfaat.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended