Skip to playerSkip to main content
Bukan Sekadar Pelakon, Amerul Affendi Dah 11 Tahun Usaha Kerbau & Kebun, Pernah Terima Geran Agropreneur Muda

Ramai kenal Amerul Affendi sebagai pelakon berbakat, tapi siapa sangka dia juga gigih mengusahakan bidang pertanian dan penternakan sejak 2015!

Bermula dengan hanya 2 ekor kerbau, ternakannya dilaporkan berkembang sehingga 28 ekor pada tahun 2020. Bukan itu saja, Amerul turut mengusahakan tanaman kelapa, pisang, sawit dan ternakan ikan patin di Temerloh, Pahang.

Lebih membanggakan, Amerul juga pernah menerima bantuan Program Agropreneur Muda bagi mengembangkan projek ternakannya. Bagi Amerul, bidang agro bukan sekadar hobi, tetapi pelaburan dan jaminan ekonomi masa depan.

Tahniah daripada RASA! Semoga terus maju dalam bidang seni, pertanian dan penternakan.

#RASA #rasashare #videoviral #agropreneur #amerulaffendi #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Eh, Smokey ke?
00:01Cerita dia?
00:02Macam ni?
00:04Pernah tengok film komedi Libang Libu?
00:07Ramai kenal Amirul Fendi sebagai pelakon yang cukup bersetan.
00:10Tapi, tahu tak, di sebalik dunia lakonan, Amirul sebenarnya dah lebih sedekat berkecimpung dalam bidang pertanian dan pertenakan.
00:18Semuanya bermula sekitar tahun 2015 apabila dia mula serius mengusahkan projek agro di Temerlu Pahang bersama bapanya.
00:24Dan yang menarik, ia bermula bukan dengan ladang besar pun daripada hanya 2 ekor kerbau, tenakannya mula berkembang sedikit demi
00:32sedikit.
00:32Menjelang tahun 2020, jumlah kerbaunya dilakukan sudah mencecah sekitar 28 ekor.
00:38Malah, bukan kerbau sahaja, Amirul turut mengusahakan tanaman kelapa, kelapa sawit, pisang, ikan patin dan juga rumput nepia untuk makanan
00:46tenakan.
00:47Usahanya dalam bidang agro juga mendapat perhatian apabila dia terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan di bawah program Agro Penda
00:54Muda.
00:55Bantuan itu digunakan untuk membantu memperkukuh projek tenakan, termasuk menambah baik kandang dan pagar kerbau.
01:01Malah, projeknya turut berkembang sehingga Amirul kini sudah mampu menggaji pekerja untuk membantu menguruskan ladang.
01:07Bagi Amirul, pertanian dan pertenakan bukan sekadar hobi atau kerja sampingan. Ia adalah satu bentuk jaminan ekonomi jangka panjang, terutama
01:15kerana kerjaya dalam bidang seni tidak sentiasa menjanjikan pendapatan yang konsisten.
01:20Daripada set pergambaran ke kandang kerbau, perjalanan Amirul membuktikan satu perkara, kalau ada usaha dan konsisten dalam bidang apa pun
01:27boleh berkembang menjadi sumber rezeki yang serius.
01:30Tahniah rasa ucapkan buat Amirul Effendi, selamat maju jaya dalam bidang pertenakan dan pertanian ini.
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended