Skip to playerSkip to main content
Kalau tempoyak dah bergabung dengan petai, memang susah nak berhenti makan! Sambal Tempoyak Tumis Petai ni cukup rasa masam, pedas dan beraroma. Makan pula dengan nasi putih panas, fuh, memang boleh lupa lauk lain. Selamat mencuba!

SAMBAL TEMPOYAK TUMIS PETAI


BAHAN-BAHAN:
150gm petai – hiris
1/2 sudu teh serbuk kunyit
6 sudu makan tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
8 biji cili padi hijau
4 biji cili padi merah

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #resipi #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #sambaltempoyaktumispetai
Transcript
00:00Kalau anda peminat tempoyak dan petai, memang wajib cuba sambal tempoyak petai tumis ni.
00:04Gabungan rasa masam tempoyak, pedas cili padi dan ikan bilis garing memang cukup membuka selera.
00:09Jom kita masak.
00:10Mula-mula, satukan bawah merah, cili padi hijau dan cili padi merah ke dalam blender.
00:15Kisar tanpa air.
00:16Kalau rajin nak tumbuk pun boleh.
00:18Seterusnya, goreng ikan bilis yang dah dibersihkan sampai betul-betul garing.
00:21Part ni memang penting.
00:22Tak garing, tak sedap.
00:23Bila dah crispy macam ni, angkat, tuskan dan ketepikan seketika.
00:27Guna minyak yang sama, masukkan bahan kisar tadi.
00:30Tumis sampai bahan kisar sedikit layu dan naik bau.
00:33Lepas tu, masukkan tempoyak bersama serbuk kunyik.
00:36Kunyik ni fungsi dia nak bagi warna sambal tu dia cantik.
00:38Kacau rata sampai tempoyak, bersampur sebati dengan bahan tumisan.
00:42Kemudian, tuangkan sedikit air supaya sambal tak terlalu pekat dan senang nak dikacau.
00:47Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
00:49Sebelum letak perasa, try dulu tempoyak tu.
00:52Kalau dah masin, kurangkan garam.
00:53Kemudian, masukkan petai yang dah dihiris.
00:55Petai ni kalau letak banyak lagi sedap.
00:57Masak sekejap bagi petai bersalut rata dengan sambal.
01:00Kemudian, masukkan ikan bilis goreng tadi.
01:02Tu dia mengancam betul.
01:05Gauh sampai semua bahan bersalut dengan sambal tempoyak.
01:07Masak sekejap je, jangan lama sangat.
01:09Bila dah sebati semuanya, tutup api.
01:11Dah siap sambal tempoyak petai tumis kita?
01:14Rasa masam, pedas, sedikit lemak tempoyak memang cukup menyederakan.
01:18Sambal mencuba!
01:19Terima kasih kerana menonton!

Recommended