Skip to playerSkip to main content
Anda beli banyak minyak masak untuk ‘standby’ waktu gawat? Beras, bihun, kekacang, kita tahu boleh simpan cara vacuum pack supaya tahan lama. Tapi tahu tak macam mana nak simpan minyak masak supaya tahan lama, tak tengik dan tak berkeladak? Jom ikut cara ni. Insyaallah bertahun-tahun pun elok lagi.

#majalahrasa #rasashare #petuadapur #RASA #TipsDapur #MinyakMasak #FoodHack #PetuaDapur #DapurMalaysia #JimatanDapur #carasimpanminyakmasak #videoviral
Transcript
00:00Di saat dunia sedang berperang dengan kenaikan harga makanan,
00:02ramai di kalangan kita yang memilih untuk menyimpan stok makanan
00:05seperti beras, bihun, tepuk gandum dan sebagainya.
00:08Tahukah anda minyak masak pun boleh tahan sampai 2-3 tahun
00:11kalau disimpan dengan cara yang betul?
00:13Sebenarnya, minyak masak cepat rosak jika terdedah pada udara,
00:16haba dan cahaya.
00:17Kalau salah simpan, baru beberapa bulan pun dah tengik.
00:20Jom ketahui cara simpan minyak masak supaya tahan lama.
00:22Langkah pertama, guna bekas yang betul.
00:25Pilih botol kaca gelap atau bekas food grade yang bertutup rapat.
00:28Ini bantu kurangkan pendedahan cahaya dan udara pada minyak masak anda.
00:31Kedua, simpan minyak masak di tempat sejuk, kering dan gelap.
00:35Helakkan dapur yang panas atau kawasan yang kena cahaya matahari.
00:38Kami Dek bertutup adalah pilihan terbaik untuk simpan stok minyak masak anda.
00:42Ketiga, jangan campur minyak.
00:43Kalau nak simpan lama, jangan campur minyak masak baru dengan minyak masak lama.
00:47Minyak masak lama ni boleh mempercepatkan kerosakan pada keseluruhan stok.
00:51Kalau dah guna minyak masak tu sekali tapi sayang nak buang,
00:54jangan campur dalam bekas yang ada minyak baru.
00:56Asyikan je dalam bekas yang lain.
00:58Akhir sekali, pastikan minyak masak anda tak tercuma dengan air atau sisa makanan.
01:02Sedikit sahaja kelembapan, minyak boleh rosak dengan lebih cepat.
01:05Haa, dah tahu kan sedikit sebanyak perihal minyak masak ni?
01:09Ikut cara ni, minyak masak anda tu boleh tahan sampai 2-3 tahun.
01:13Kegah jenis, tak berkeladak dan selamat digunakan.
01:15Jangan lupa save video ni.
01:17Memang berguna.
01:18Ingat makan, ingat rasa.
01:19Moga bermanfaat.
01:20Selamat menikmati.
01:21Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended