Skip to playerSkip to main content
Siapa kata Kari Ikan mesti kena letak santan baru sedap? Kari Ikan Tanpa Santan ni pun tak kurang hebatnya! Kuah berempah, cukup rasa dan tak muak dimakan. Lagi-lagi kalau curah atas nasi putih panas, memang boleh buat bertambah nasi. Jom cuba!

KARI IKAN TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:
500gm ikan kembung
5 sudu besar pes kari ikan
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato - belah
Bendi dan Terung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMIS:
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #resipi #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #kariikantanpasantan
Transcript
00:00Kalau suka makan kari ikan tapi nak bersih kurang lemak, resepi kari ikan tanpa santan ni memang kena cuba.
00:05Walaupun tak ada santan, kuah ni tetap pekat. Jom kita masak.
00:09Mula-mula tumis halbacampur dan daun kari sampai naik bau.
00:13Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
00:15Semua hiris dia tak payah blender.
00:17Tumis lagi sampai bawang layu.
00:19Lepas tu masukkan base kari ikan.
00:21Kacau rata dan tumis menggunakan api perlahan sampai rempah betul-betul masak dan garing.
00:25Bila rempah dan pecah minyak, masukkan tomato.
00:28Kacau-kacau sikit kemudian tuangkan air asam jawa bersama sedikit air mengikut kepekatan kuah yang kita suka.
00:34Biarkan kuah mendidih sampai semua rasa betul-betul mesra.
00:37Kemudian masukkan ikan kembung.
00:39Selain kembung boleh juga guna ikan tenggiri, bawang, siakap, ikan merah dan macam-macam lagi.
00:44Ikut selera masing-masing.
00:45Seterusnya masukkan teruk.
00:47Kak Iki potong kecil-kecil supaya senang masak.
00:49Biarkan kuah merenis sekejap kemudian masukkan garam dan selebuk perasa dengan secukupnya.
00:54Kalau tak nak guna selebuk perasa, boleh gantikan dengan sedikit gula.
00:57Akhir sekali, masukkan bendi.
00:59Jumlahnya terpulang kalau suka makan bendi, boleh letak banyak.
01:03Masak selama 5 hingga 10 minit sampai ikan masak sempurna dan sayur lembut.
01:07Ingat jangan kacau kuat sangat.
01:09Bila kuah dah cukup pekat, bolehlah tutup api.
01:12Dah siap, kari ikan tambah santan kita.
01:14Kuah pedas, masam dan penuh aroma.
01:16Hidang pada panas dengan nasi putih dan teror dadah.
01:19Garanti tambah banyak kali.
01:20Selamat mencuba!
01:21Terima kasih kerana menonton!

Recommended