Pernah cuba Nasi Goreng Tuna? Jika tak pernah, anda kena cuba sebab rasanya sangat sedap! Bukan sahaja untuk anak-anak, orang dewasa pun pasti gemarkan rasanya. Mak dan ayah, kalau nak lagi ‘kick’, tambah hirisan cili padi. Gerenti ulang makan banyak kali. Selamat mencuba!
NASI GORENG TUNA
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk kecil nasi sejuk
1 tin tuna dalam air
4 sudu besar mentega
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar bawang kisar (optional)
Sedikit sayur campur
2 sudu teh garam (sesuai rasa)
Sedikit kicap manis dan kicap masin
Sedikit hirisan daun sup/daun bawang (optional untuk naikkan aroma dan rasa)
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega dalam kuali bersama bawang putih. Kemudian masukkan sosej. Tumis sampai kekuningan. Masukkan tuna. Hancur-hancurkan isinya. Tambahkan garam dan sedikit perasa. Kacau rata. Masukkan nasi sejuk. Tambahkan sedikit kicap manis dan kicap masin untuk sesuaikan warna dan rasa. Masukkan sayur campur. Kacau rata menggunakan api besar. Tabur daun bawang. Gaul sebati dan sedia dinikmati.