Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
“Saya tak pernah berkira untuk memberi apa yang mak perlukan, tetapi saya memilih untuk tidak pulang ke rumah kerana kurang selesa dengan sikap mak yang suka mengumpat.”

Itulah luahan seorang anak dalam ruangan Bicara Hati Wanita bersama Ustazah Nazirah Abu Bakar.

Wanita ini menjelaskan bahawa dia tetap memberikan apa yang diperlukan oleh ibunya. Namun, dia memilih untuk tidak pulang ke rumah kerana kurang selesa dengan sikap ibunya yang suka mengumpat, lebih-lebih lagi ketika dirinya sedang berusaha memperbaiki diri dan mendalami agama.

Dalam usaha menjadi insan yang lebih baik, dia tertanya-tanya sama ada tindakannya menjauhkan diri dan tidak pulang menziarahi ibu merupakan satu kesalahan sebagai seorang anak.

Apakah yang sepatutnya dilakukan apabila ingin menjaga hubungan dengan ibu, tetapi pada masa yang sama mahu menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik?

Ikuti nasihat Ustazah Nazirah Abu Bakar dalam Bicara Hati Wanita.

Jika ada sebarang masalah, boleh hantar ke link dinyatakan. Bicara Hati Wanita: https://forms.gle/fXKjuffx6T9ZdZtD6
Transcript
00:00Hmm, okey.
00:02Mak pengumpat tu lagu mana?
00:06Kadang-kadang kita ni kan,
00:09pada saya lah, kadang-kadang mak ni nak sembang.
00:12Mak nak sembang.
00:14Tapi sembang tu cerita pasal orang.
00:17Contoh,
00:18mak-mak lama-lama gitulah.
00:20Hantar dah,
00:21tu kalau mak kendahlah.
00:23Hantar dah orang tu gini, gini, gini, gini.
00:26Contoh, kadang mak nak sembang.
00:29Kan?
00:30Jadi kalau sembang tu semua yang buruk-buruk,
00:32mulut kita jangan jahat,
00:33mak-mak ni mengumpat orang.
00:34Dah letua.
00:35Contohnya tak setak diri,
00:37pula dah berkelain dengan mak.
00:39Satu,
00:40saya suka melihat begini.
00:42Bila kita memandang daripada sisi yang lain,
00:44mungkin mak kita ni nak sembang,
00:46tapi tak ada modal.
00:47Cuba apa kata,
00:49kita yang bawa modal untuk sembang.
00:52Haa, kan?
00:53Jadi orang muda, orang tua ni,
00:55dia punya frekuensi tak sama.
00:57Apa duk cerita pasal tu?
00:59Orang lah ni tak hidup dah zaman tu.
01:01Kita rasa.
01:03Cuba letak di situasi mak.
01:04Mak ni dunia dia apa, puan-puan?
01:07Mak ni dunia dia apa?
01:09Pinggan,
01:10dapur,
01:12kemar rumah,
01:13besu pinggan,
01:14lipat baju.
01:15Mak ni minyak datu je.
01:17Jadi sebab itu,
01:18kalau dia kata tak mahu balik,
01:19boleh tak?
01:20Kau tanya saya je apa dia boleh?
01:22Sebab your life.
01:23Tak mahu balik, boleh?
01:25Tapi ingat,
01:26umur-umur kita berapa lama.
01:28Kalau mak mati,
01:29meninggal dunia,
01:30percayalah cakap saya.
01:32Beban,
01:33kita tak buat pada apa yang patut kita buat,
01:35kita akan bawa sepanjang hayat.
01:38Beban kita rasa nak buat,
01:40tekilan pada mak,
01:40tapi tak sempat buat, puan-puan.
01:42Percaya cakap saya,
01:43saya dah jumpa ramai klien usaha,
01:45sampai hari ni,
01:46saya terasa.
01:47Sampai bila?
01:48Sampai kita meninggal dunia.
01:49sebab itu pada saya,
01:51mak ni betul kita bagi duit,
01:53betul kita hantar makanan dan bantuan,
01:56tapi mak bukan nak yang tu.
01:58Mak nak kita tanya,
01:59mak,
01:59mak dah makan,
02:00mak?
02:01Sebab itu siapa yang masih ada,
02:02mak?
02:05Kalau boleh saya sebutlah,
02:07kita akan sampai ke hari yang kita telefon,
02:09mak kita tak jawab.
02:10Kita akan sampai ke hari yang orang telefon kita,
02:12mak awak dah tak ada.
02:14Kita akan sampai ke hari yang kita akan panggil,
02:16mak nak dengar,
02:17mak jawab ya.
02:18kita akan sampai ke titik itu.
02:21Jadi sebelum kita sampai ke titik,
02:23kita panggil mak,
02:24tak ada siapa lagi jawab di rumah.
02:26Telepon mak hari ni.
02:28Tanya khabar,
02:30mak-mak nak makan apa mak?
02:32Tak salah kita merendah diri untuk mak.
02:34Bukan saya,
02:35bukan saya kata tak boleh balik tak.
02:37Bukan saya kata kena balik tak.
02:39Tapi buat pertimbangan,
02:41mak kita sorang je.
02:42Hayat mak sekali je.
02:44kalau kita nak jadi anak yang baik,
02:47pilihlah yang baik-baik untuk mak,
02:49bukan untuk kita.
02:50Kalau pun kita rasa terluka,
02:52kalau kita rasa hampa,
02:54puan-puan,
02:55lama mana saja hidup ni macam pelita,
02:57sampai masa kering minyak,
02:59padam cahaya.
03:00Cahaya kita dengan cahaya mak,
03:02mak minyaknya sudah terlalu lama digunakan.
03:04jadi jangan buat
03:06sesuatu yang kita akan menyesal
03:08di masa depan.
03:09Jauh lagi,
03:10kita ada anak nak datang,
03:12puan-puan.
03:12Hari ni apa kita buat kat mak,
03:14ingat,
03:15Allah tak pernah
03:17tinggal pada apa yang kita kerjakan.
03:20Buat baik pada mak,
03:21insyaAllah,
03:21mudah-mudahan.
03:22Itu yang akan menyebabkan
03:23bila mak meninggal,
03:25kita puas hati dengan khidmat kita.
03:27Cukuplah.
03:27Apa lagi kita nak?
03:28Hari ni,
03:29hak kerja kita dapat
03:30mungkin berkat doa mak.
03:31Mak hak kita kata banyak mengumpat,
03:33mak kita kata macam-macam
03:35cakap tentang orang.
03:36Mungkin itu mak yang bangun malam
03:37terhajut doa kat kita.
03:39Who knows?
03:40Hak kita bagi kat mak,
03:41sikit sangat nak dibandingkan
03:42dengan apa yang mak minta
03:44pada Tuhan untuk kita.
03:46Sama-sama kita jadi anak yang baik.
03:48InsyaAllah.

Recommended