Skip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju mengekalkan formula kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Transcript
00:00Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah GRS bersetuju mengekalkan formula kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan PH bagi menghadapi pilihan raya negeri PRN akan datang.
00:12Ketua Menteri yang juga pengurusi GRS, Datuk Seri Haji J. Nur berkata ia berpaksikan kekuatan sebuah kerajaan negeri yang memerlukan hubungan yang kukuh dengan kerajaan persekutuan.
00:22Sumbungan itu katanya hubungan erat kerajaan negeri dengan persekutuan adalah demi kestabilan dan kemakmuran.
00:30Haji J berkata rekod pencapaian kerajaan GRS PH dalam membawa kemajuan kepada Sabah terbukti dengan lebih 400 inisiatif di bawah agenda pembangunan hala tujuh Sabah Maju Jaya SMJ iaitu kira-kira 94% daripadanya berjaya dilaksanakan.
00:48Menurutnya perkara itu bertentangan dengan dakwaan pembangkang yang menurutnya bertujuan menipu rakyat.
00:55Jelas Haji J kerajaan GRS PH meluluskan pelbagai program bantuan untuk pembangunan pendidikan negeri dan kesejahteraan rakyat.
01:04Pada tahun ini kerajaan negeri telah memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada hampir 100,000 golongan miskin tegar dan inisiatif ini akan diteruskan jika rakyat mengembalikan mandat kepada GRS PH pada pilihan raya negeri akan datang.
01:21Kerajaan GRS PH turut berjaya mendapatkan penyertaan yang lebih besar dalam sektor minyak dan gas melalui Pemeterayan Bersejarah Perjanjian Kerjasama Komersial CCA dengan Petronas pada 2021.
01:36Selain itu kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah komited meneruskan agenda menangani masalah kemiskinan bandar dan luar bandar di negeri itu melalui program pembangunan bandar baru.
01:49Kata Haji Ji, projek bandar baru paginatan seluas 200 ikar akan dibangunkan dalam 5 fasa dan dijangka memacu ekonomi tempatan di kawasan itu.
02:00Haji Ji berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Bandar Baru Paginatan di Dewan Terbuka Memorial Nunuk Ragang, Ranau.

Recommended