Skip to playerSkip to main content
Memasuki hari kelapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, persaingan antara calon dan parti politik terus berlangsung dalam usaha mendapatkan sokongan serta kepercayaan pengundi.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:29Pilihan Raya Negeri Melaka
00:30Baik, terima kasih rakan setugas yang berada di Bukit Jaya. Saya masih lagi berada di Bumi Melaka ini dan hari
00:36ini memasuki hari ke-8 kempen Pilihan Raya Negeri Melaka pada hari ini.
00:42Dan tentunya kempen Pilihan Raya kali ini masih lagi berlangsung dengan aman dan juga tenang di mana kita melihat calon
00:49dan juga jentera masih lagi digerakkan oleh parti-parti yang bertanding untuk mengambil peluang mendekati pengundi-pengundi di kawasan masing
00:58-masing.
00:59Tetapi selain daripada kita memfokuskan kepada jentera dan juga calon dan juga kempen-kempen yang sedang berlangsung pada PRN kali
01:07ini, turut juga kita membawa beberapa perkembangan politik yang turut mewarnai kempen pada hari ini
01:15di mana termasuknya kenyataan pemuda UMNO berhubung isu penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
01:26Dan ketua penerangan pemuda UMNO Muhammad Salehi Muhammad Tajib menggesa Peguam Negara AGC bertindak adil dan bebas daripada pengaruh politik.
01:36Dan beliau turut membangkitkan keperluan menghormati titah yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah tersebut.
01:44Dan mengulas kesan isu itu untuk pilihan raya PRN Melaka pada kali ini, beliau berpandangan perkembangan berkenaan berpotensi memberi suntikan
01:55semangat kepada jentera-jentera di sini.
01:59Dan bagaimanapun beliau kekal menegaskan bahawa Barisan Nasional kekal optimis dengan momentum kempen pilihan raya pada kali ini.
02:07Dan pada hari ini sebenarnya saya berada di kawasan Dun Teluk Mas bagi mengikuti dan juga meninjau kawasan itu di
02:18mana kawasan Teluk Mas ini di bawah Parlimen Kota Melaka.
02:23Dan kita akan lihat bagaimana menjelang pada pilihan raya kali ini dan juga tentunya Dun Teluk Mas ini kita akan
02:31menyaksikan tiga penjuru yang kita lihat penyandang asal Dun Teluk Mas iaitu Datuk Abdul Razak Abdul Rahman daripada Barisan Nasional
02:40kembali semula bertanding.
02:42Dan juga dua daripada pencabarnya iaitu Kapten Muhammad Jaafar daripada Pakatan Harapan yang merupakan calon tertua bagi Pakatan Harapan untuk
02:50pilihan raya kali ini.
02:51Dan yang terakhir pencabar daripada parti bersama iaitu Muhammad Hazwan Mustafa tentunya ini menjadi salah satu tumpuan ataupun kerusi tumpuan
03:02untuk pilihan raya kali ini di mana tahun-tahun sebelum ini kerusi ini akan menyaksikan dan juga telahpun menyaksikan perubahan
03:11swing seat di Dun Teluk Mas ini.
03:14Itu tentunya perkara yang akan saya bawakan di Dun Teluk Mas dan juga di Parlimen-Parlimen lain dan saya dan
03:23rakan-rakan tugas akan memperincikan apa yang akan berlaku pada pilihan raya akan datang ini.
03:29Dan tentunya kita menghitung hari hingga beberapa sahaja hari sahaja lagi sebelum hari 14 November yang akan kita saksikan siapakah
03:38bakal memegang Kerajaan Negeri Melaka yang baru untuk pilihan raya kali ini.
03:45Kita kembali kepada rakan tugas di Bukit Jalil.
03:48Terima kasih.

Recommended