Skip to playerSkip to main content
Selepas tujuh hari berkempen, persoalan paling besar bukan lagi siapa paling banyak berjanji, tetapi siapa yang berjaya meyakinkan rakyat dengan tawaran mereka.

Adakah saingan antara blok utama benar-benar mengubah sokongan pengundi?

Persoalan kedua, apa sebenarnya yang akan menentukan pilihan rakyat pada hari mengundi?

Untuk menjawab persoalan ini, Hasimi Muhamad bawakan perkembangan dari Melaka.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:01Ini adalah Melaka pemilih dan sudah tujuh hari-hari berkempen.
00:05Persoalannya, yang paling besar sampai sekarang ialah bukan lagi siapa paling banyak tabur janji
00:11ataupun lebih banyak berjanji, tetapi siapa yang berjaya meyakinkan rakyat dengan tawaran mereka
00:17kerana mereka ada satu minggu saja sebelum pengundian berlaku pada 14 November nanti.
00:23Dan adakah saingan antara blok-blok utama benar-benar mengubah sokongan pengundi?
00:28Persoalan kedua, apa sebenarnya yang akan menunjukkan pilihan rakyat pada hari mengundi?
00:34Untuk menjawab persoalan ini, Hasimi Muhammad membawakan perkembangan dari Melaka.
00:38Katanya ada juga tamu istimewa bersama dengan Hasimi dari Melaka.
00:42Teruskan bersama Hasimi, Dialogajah.
00:45Baik, terima kasih rakan sugas di Bukit Jari.
00:48Lebih 600 ribu pengundi akan menentukan pilihan mereka pada 14 November ini
00:54dan menuju kepada hari penting itu, hari ini telah memasuki hari kemping ke-8
00:58dan sudah tentu kita mahu melihat secara lebih besar setakat hari ke-7, fasa pertama
01:06bagaimana gerak kerja, prestasi calon dan juga kedudukan gabungan-gabungan pada pilihan raya negeri Melaka ini.
01:14Sudah tentu manifesto dan tawaran telahpun diberikan oleh gabungan-gabungan
01:19termasuk daripada BN, PN, Pakatan Harapan bersama dan juga calon-calon di 28 Dun di Melaka ini.
01:28Tetapi secara asasnya, apa kehendak rakyat Melaka?
01:32Adakah berdasarkan tawaran-tawaran itu mereka sudah jelas untuk membuat pilihan?
01:37Dan untuk bercakap mengenai perkara itu, bersama dengan Esra Awani ketika ini
01:42mempunyai penelitian politik Dr. Umar Taufik Yaakob.
01:45Terima kasih Dr. kerana bersama dengan Esra Awani.
01:47Sama-sama saya dan Esra Awani.
01:49Kita faham Dr. telahpun bertibaran ataupun berturun ke lapangan di Melaka ini
01:57setakat tinjauan hari ke-7 seminggu berkemping ini
02:01bagaimana Dr. melihat pada prestasi calon, kedudukan, gabungan-gabungan bertanding di Melaka?
02:07Ya, setelah tiga minggu berada di lapangan, dua minggu sebelum penamakan calon
02:12dan tempoh satu minggu yang pertama ini, saya lihat ada perbezaan dari segi kerancakkan
02:21dan bagaimana calon-calon dan parti politik cuba untuk memastikan bahawa
02:26lonjakan sokongan dan pengaruh dapat mereka perolehi dalam tempoh yang seminggu ini.
02:33Tapi pada waktu yang sama kita juga kena lihat bahawa template politik di Melaka ini
02:39berbeza dengan negeri lain dan kerajaan yang menyandang khususnya barisan nasional
02:43ada kelebihan yang di situ, kita tidak boleh nafi.
02:46Namun pada waktu yang sama kita juga kena sedari bahawa ada lima kawasan yang disandang
02:53oleh Pakatan Harapan iaitu empat oleh DAP dan satu di Bukit Katil.
02:56Mereka juga bertunggung lumus untuk memastikan bahawa bukan sahaja mengekalkan kerusi berkenaan
03:03tetapi pada waktu yang sama menambah bilangan kerusi yang boleh mereka perolehi dalam PRN 15 kali ini.
03:10Namun dari segi kerancakkan berkempen kita lihat seperti biasa ada walkabout dan kemudiannya perang bendera
03:17antara satu sama lain. Namun di setengah kawasan DUN itu agak suram bagi setengah parti
03:23contohnya bagi Pakatan Harapan mereka agak kurang meletakkan misalnya bendera, poster
03:29khususnya di kawasan jajaran daerah Alu Gajah yang bermula daripada Tanjung Bidara
03:37sehinggalah ke kawasan DUN Asahan itu sendiri.
03:40Bagi saya itu adalah satu signal bahawa mereka menyedari dan mereka mengakui bahawa
03:46ada ruang yang boleh mereka beri tekanan kempen begitu besar dan pada waktu yang sama
03:54tenaga politik itu perlu dipindahkan ke kerusi yang mereka lihat mampu untuk beri saingan
03:59dan menambah bilangan kerusi di kawasan berkenaan.
04:02Namun jangan kita pandang enteng kerana baru tamat minggu pertama tetapi masih ada satu lagi minggu
04:10untuk mereka melonjakkan keadaan kempen, tenaga politik dan di negeri Melaka itu
04:16ya memang kita kenali sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelancongan budaya
04:21tetapi dalam tempoh dua minggu ini pelancong politik berpusu-pusu masuk ke negeri Melaka
04:27untuk membantu rakan-rakan mereka dan sudah semestinya Barisan Nasional mahu lihat bahawa momentum
04:34daripada negeri Johor itu berterusan ke negeri Sembilan dan bertapak dengan meluas di negeri Melaka
04:40pada 14 hari bulan November yang akan datang.
04:43Doktor, kalau kita nak cakap nak rumuskan siapa yang dominasi, siapa yang mungkin akan menang
04:48mungkin terlalu awal, kita baru masuk hari ke-8 tetapi setakat ini dominasi itu berpihak kepada mana
04:54dan apa yang mungkin pihak lawan boleh lakukan untuk mungkin strategi di saat-saat akhir
05:01untuk menarik undi di kawasan-kawasan 28 dunia ini, Doktor?
05:07Ya, kita kena bahagikan dunia Melaka ini kepada tiga kategori
05:12iaitu kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar.
05:16Kawasan luar bandar ini jajarannya daripada saya sebutkan tadi
05:20daripada misalnya di Dun Tanjung Bidara hingga Asahan
05:23itu strategi-strategi yang telah bertapak begitu lama oleh parti penyandang
05:30iaitu Barisan Nasional dan mereka buat kerja bukan sehari dua
05:34sudah lama mereka bertapak di kawasan berkenaan
05:36malah ada beberapa kursi dun yang dimenangi oleh Barisan Nasional
05:41tanpa kalah semenjak mereka iaitu Dun Asahan
05:44sudah semestinya strategi politik itu akan diterjemahkan
05:48berdasarkan kepada pendekatan ataupun bagaimana kemesraan
05:52antara pemimpin dengan pengundi itu akan dipererakkan
05:56kerana budaya politik Negeri Melaka ini dia sedikit berbeza dengan negeri lain
06:01dari segi pergaulan, kita lihat ketua menteri dan pemimpin
06:06daripada Barisan Nasional khususnya kita lihat YB Dun
06:10misalnya Dun Duyung, kemudian Dun Melimau, Dun Dirim, Tanjung Bidara
06:17mereka ini seolah-olah memang ikut mesra daerah dengan rakyat
06:21dan itu sebenarnya template budaya politik yang dimahukan oleh rakyat
06:25dan bagi saya ada pahlawan-pahlawan politik yang menjuarai
06:30yang mendahuli persaingan politik dari segi karakteristik, perwatakan
06:34yang sukar ditandingi oleh parti lawan ataupun parti yang baru masuk
06:40untuk bertanding dan bersaing dalam PRN kali ini
06:43namun dalam konteks minggu pertama kempen saya lihat Barisan Nasional mendahului
06:48tetapi pada waktu yang sama saya ingin nyatakan bahawa kita tidak boleh
06:52nafikan ataupun ketepikan peluang-peluang yang ada khususnya kepada
06:57Pakatan Harapan di kursi-kursi yang sangat marginal keputusan majoritinya
07:03ataupun persaingannya yang sangat sengit dan dibawa tokoh-tokoh
07:07misalnya Dato' Azman Abidin bertanding di Payah Rumput
07:10dan bagi saya peluang masih terbuka yang paling penting iaitu di sangat-sangat akhir
07:15bagaimana parti politik ataupun boleh saya katakan senjata-senjata politik ini
07:20diturunkan untuk menjadi senjata di sangat-sangat akhir
07:25menarik sokongan dan emosi untuk mengundi parti yang mampu menarik sokongan
07:31dan pengaruh yang lebih besar
07:32Dato' bercakap mengenai Pakatan Harapan
07:36bagaimana kita mahu melihat adakah mereka ketika naratifnya rakyat boleh terima
07:41Pakatan Harapan ini sebagai alternatif untuk membentuk kerajaan negeri
07:46atau mereka masih melihat kepada Pakatan Harapan ini hanya kuat di beberapa kursi sahaja Doktor
07:52Ya, apabila kita imbau kembali bagaimana sejarah politik di Melaka
07:57Pakatan Harapan juga pernah menajui kerajaan negeri untuk tempoh berapa bulan
08:01dan itu boleh dijadikan sebagai satu jualan politik, produk politik oleh Pakatan Harapan
08:09untuk kembali menarik perhatian pengundi-pengundi
08:13malah kita juga lihat kali ini YB Ali Zahari pun bertanding di Dun Bukit Katil
08:18dan prestasi ataupun apa yang pernah dilaksanakan oleh Pakatan Harapan itu
08:23akan diketengahkan semula
08:25namun pada waktu yang sama mereka juga berusaha untuk memastikan bahawa kursi yang sedia ada di sandang
08:31yang empat kursi DAP, satu oleh Parti Amanah di Bukit Katil itu
08:36terus dikekalkan dan menambah bilangan kursi
08:39namun apabila saya melihat kenyataan pada hari penamaan oleh seorang calon yang bertanding di Dun Tanjung Bidara
08:45Pakatan Harapan yang menyatakan bahawa tak ada isu setempat yang boleh diketengahkan oleh beliau
08:51itu seolah-olah menandakan bahawa sudah tewas sebelum masuk bertanding di gelanggang
08:56tapi saya yakin sebenarnya Pakatan Harapan mempunyai kekuatan isu nasional
09:01yang boleh diketengahkan dalam tempoh kedua yang kita akan lihat tidak lama lagi pada minggu depan
09:09dan masih lagi ada ruang, masih lagi ada masa
09:12tapi persaingan itu sangat sengit dan kaedah kempen itu perlu diperlbagaikan
09:17bukan sahaja menurusi digital
09:19tetapi di negeri Melaka ini penuh kemesraan, penuh dengan hubungan yang akrab
09:24apabila pergi ke kawasan-kawasan misalnya di Tabuh Naning, di Asahan
09:30kemudiannya pergi ke Macap Jaya
09:32Macap Jaya Asahan ini ramai pengguna orang asli
09:35itu feed deposit kepada barisan nasional
09:38kalau sentuhan emosi itu diketengahkan, dijadikan senjata yang begitu ampuh kepada barisan nasional
09:44itu akan memberi ruang kepada barisan nasional untuk meningkatkan lagi sokongan
09:48yang mana mereka sebelum ini menang di 13 kru sidun
09:52di bawah majoriti seribu undi
09:54tetapi saya melihat ada lonjakan yang boleh dilakukan
09:56tak mustahil juga Pakatan Harapan juga
09:58boleh laksanakan prestasi ataupun dapat prestasi
10:02laksanakan pendekatan mirip seperti BN
10:05namun perlu kerja keras
10:07Doktor, kita melihat kepada ketenangan yang berlaku di Melaka ini
10:10saya pasti Doktor turun ke beberapa dun di Melaka ini
10:14tenangnya berbeza dengan tempat-tempat lain
10:17contoh Johor Negeri Sembilan
10:19tetapi saya tenang-tenang air di laut
10:21adakah kita lihat ada ombak yang mehempas pantai
10:24yang mungkin boleh menggoncang undi-undi pengundi di Melaka ini Doktor
10:28Ombak itu akan muncul sebagai tsunami politik
10:30jika ada isu-isu yang digunakan di saat akhir
10:34kalau kita lihat di Negeri Sembilan itu ada isu RCI
10:37yang melibatkan Felda di saat-saat dia bawa untuk berkempen
10:41dan tak mustahil juga kali ini
10:43di PRM Melaka di saat-saat mungkin 2-3 hari sebelum Pian Raya
10:47akan dibawa isu daripada Putrajaya
10:49untuk jadikan bahan dan senjata kempen
10:51bagi memastikan bahawa persaingan itu
10:54seakan dekat dan memberi peluang potensi kepada Pakatan Harapan
10:59dan bagi saya budaya politik di Melaka ini berbeza
11:02kalau kita lihat Pian Raya dan demokrasi di Negeri Melaka ini
11:07kalau bandingkan Negeri lain itu amat jauh
11:10kerana seolah-olah seperti satu meraihkan satu pesta politik
11:14kalau kita pergi ke pimpunan ataupun barung-barung tempat barisan nasional
11:21buat perjumpaan, penuh dengan makanan, penuh dengan keceriaan
11:26tapi ada parti politik yang gagal mengikut rentak tersebut
11:31walaupun berusaha memastikan bahawa ada pendekatan yang lebih kurang sama
11:36tetapi kemesraan yang ada melibatkan jentera, penyokong, barisan nasional itu
11:42berbeza sedikit dengan parti politik yang lain
11:45mungkin disebabkan oleh Melaka ini merupakan akar umbi
11:49ataupun rangkuman yang memberi satu kekuatan yang besar kepada barisan nasional
11:56sejak dulu lagi dan fit deposit kepada barisan nasional
11:59maka dia telah menyerap sebagai budaya politik orang tempatan
12:03terima kasih sekali lagi pengasih politik Dr. Muhammad Taufik Yaakob
12:06berkongsi pandangan beliau kepada Astro Awani
12:09tentu kita akan bawakan banyak lagi perkembangan
12:11menjelang kepada 14 November ini
12:13di Astro Awani dan Astro Awan.com
12:15untuk jam ini saya kira kita balik dulu kepada rakan setugas di Bukit Jalil

Recommended