00:00Isu nasional termasuk perkembangan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjejaskan momentum
00:10kempen Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka.
00:14Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin berkata, pengundi lebih memberi perhatian kepada pemilihan calon serta keupayaan kerajaan negeri membawa pembangunan
00:24dan menjaga kesejahteraan rakyat.
00:28Saya dah dua hari dekat Melaka ni, pengundi Melaka buat keputusan berdasarkan kepada masa depan negeri Melaka dan mereka mengambil
00:38maklum tentang apa yang sedang berlaku di pingkat nasional.
00:40Berita nasional tu orang Melaka tahu tetapi yang lebih penting bagi mereka adalah untuk memilih calon dan juga pentadbiran kerajaan
00:49negeri yang boleh membangunkan negeri Melaka dan menjaga kesejahteraan dan juga kebajikan orang Melaka.
00:55Beliau berkata demikian selepas menyertai program Jom Jogging bersama KJ di sawah Teluk Rimba Sungai Rambai pada Ahad.
01:03Mengulas sambutan sepanjang kempen, Khairi berkata beliau melihat perkembangan positif hasil aktiviti turun padang bersama calon-calon BN di beberapa
01:12kawasan.
01:13Dan saya nampak setakat ini, insyaAllah setakat ini penerimaan sangat baik. Saya pagi ini bersama dengan saudara Jazli Pit, calon
01:22kita untuk Sungai Rambai.
01:26Sama dengan Dr. Akmal juga calon kita untuk Dun Melimau. Sambutan sangat baik. Semalam pun di empat kawasan Dewan Nangan
01:33Negeri, sambutan Alhamdulillah.
01:35Alhamdulillah. Jadi kita kekalkan momentum ini, terus mendampingi pengundi. Kita jangan pedulikan sangat isu nasional.
01:42Ada masa ke semasa kita akan bagi penjelasan. Contohnya apa yang sedang berlaku, kes Datuk Seri Najib dan sebagainya.
01:50Tetapi saya nampaklah orang Melaka dia lebih pentingkan soal masa depan negeri melalui PRN ini.
01:56Jelasnya perkembangan berkaitan kes Datuk Seri Najib Razak tidak harus mengalih perhatian daripada perkara lebih penting iaitu masa depan negeri
02:05Melaka.