00:02Sarawak dijangka mencatat hasil negeri mencecah RM15 bilion menjelang 2027.
00:09Peningkatan ketara berbanding sekitar RM6 hingga RM7 bilion yang direkodkan sebelum ini.
00:14Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tuan Openg berkata,
00:17peningkatan itu membuktikan kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh
00:22serta memberikan kapasiti lebih besar untuk melaksanakan agenda pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat.
00:30Menurut beliau, berdasarkan perbandingan hasil negeri yang dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Keuangan Negara,
00:36Sarawak berada jauh di hadapan berbanding negeri-negeri lain dari segi kutipan hasil kerajaan negeri.
00:42Abang Johari berkata pencapaian tersebut berkait rapat dengan usaha berterusan kerajaan negeri,
00:47memperkukuh kedudukan kewangan Sarawak serta mendapatkan hak dan kepentingannya berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.
00:55katanya hasil negeri yang semakin meningkat membolehkan lebih banyak pelaburan,
01:00disalurkan kepada pendidikan, pembangunan kemahiran dan usaha memperkasakan generasi muda.
01:05Beliau menegaskan keutamaan kerajaan negeri adalah menyediakan masa depan yang lebih cerah
01:10buat anak-anak Sarawak, termasuk generasi akan datang yang bakal menerajui pembangunan negeri.
01:16Jelasnya generasi muda perlu dilengkapi ilmu pengetahuan, kemahiran serta keyakinan diri
01:22agar mampu bersaing dalam persekitaran global yang semakin mencabar.
01:26Dengan hasil negeri dijangka meningkat kepada RM15 bilion dalam tempoh beberapa tahun lagi,
01:32Sarawak dilihat mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh
01:35bagi mempercepat pelaksanaan pelbagai projek pembangunan
01:38serta membina masa depan yang lebih mampan untuk rakyatnya.
01:41Terima kasih telah menonton!