Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mahu generasi muda dididik supaya jijik dengan rasuah, bukan mengangkat perasuah sebagai wira.

Beliau turut inga agar pengalaman negara luar seperti AS dan Indonesia dijadikan pengajaran dalam memilih pemimpin.

#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:003.00, Rancangan Pendidikan Malaysia.
00:03Yang mak berhormat tambun, semasa membentangkan belanjawan,
00:06ada menyebut, kita tidak bina negara untuk satu fiskal, tetapi satu generasi.
00:12Kita bukan sekadar menyediakan infrastruktur, Datuk Seri Pengurusi.
00:16Tetapi kita ada tanggungjawab untuk membina jati diri dan menerapkan nilai-nilai dalam anak-anak kita.
00:21Bersedia untuk lending ke, Mat?
00:23Baik, Datuk Seri Pengurusi.
00:24Sebagai contoh, kita harus pupuk rasa jijik anak-anak kita pada sang koruptor.
00:30dan bukannya mengangkat sang koruptor ini sebagai hero.
00:33Kita tanamkan sifat berani bersuara, sifat cintakan keamanan, sifat dahagakan keadilan.
00:39Kita pahat pada dada mereka sifat benci terhadap kezaliman, kebobrokan dan salah guna kuasa dan rasuah.
00:45Pendidikan yang baik dapat memastikan bahawa mereka yang kita didik ini akan bijak memilih pemimpin.
00:51Jangan salah pilih nanti, kesal tak sudah.
00:54Di Amerika Syarikat, kita dah nampak, dah nak lending Datuk Seri Pengurusi.
00:57Amerika Syarikat, dua tahun selepas Donald Trump menang besar,
01:02Dominokrats pula menang majoriti yang cukup besar di Kongres.
01:06Sebab apa? Sebab rakyat US sedar bahawa yang mereka pilih itu sebenarnya gagal mengurus negara.
01:11Atau kita lihat di negara jiran kita di Indonesia,
01:14saya ingat lagi sebelum ini, semasa pentadbiran Presiden terdahulu di Indonesia,
01:18Indonesia dilihat sebagai satu rising star di rantau ini.
01:21di mana Indonesia pada hari ini, mereka mengalami krisis ekonomi, rupiah melemah,
01:26bencana yang tidak dapat ditangani dan macam-macam lagi yang menimbulkan protes di seluruh negara tersebut.
01:31Kita bukan mahu cerca negara lain, tapi kita harus jadikan pengalaman di negara lain sebagai pengajaran.
01:37Pilih pemimpin yang betul. Jangan ikut rasa nanti binasa.
01:42Maka, dengan pendidikan sajalah, kita dapat jamin masa hadapan yang lebih baik untuk negara kita.
01:48Sekian, terima kasih.
01:49Terima kasih.

Recommended