00:00Baik, sebanyak 301 kesalahan kecil pilihan raya direkodkan sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri Melaka ke-16 sehingga malam Jumaat.
00:09Menurut pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Sri Ramlan Harun, kesalahan itu kebanyakannya membabitkan pemasangan poster dan kain rentang di
00:17kawasan tidak dibenarkan.
00:19Antaranya di persimpangan jalan yang boleh menghalang lalu lintas, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.
00:26Kita harap di masa-masa ke depan kita akan kurangkan lagi lah. Kesalahan ini melibatkan, contohnya mereka memasang poster atau
00:35banner di kawasan yang tak sepatutnya dibuat, di persimpangan jalan yang mungkin menghalang lalu lintas dan sebagainya.
00:41Perkara ini sepatutnya saya menyuruh kepada semua parti-parti politik sepatutnya mempunyai kesedaran kerana perkara ini boleh menyebabkan mungkin berlakunya
00:50kemalangan dan sebagainya.
00:51Dan kita berharap kali ini dapat kita kurangkan lagi di masa-masa akan datang.
00:56Ramlan menegaskan jumlah 301 kesalahan itu bukan angka yang rendah dan perlu dikurangkan pada pilihan raya akan datang.
01:04Beliau turut menghargai keperhatinan orang ramai yang tampil melaporkan pelanggaran peraturan sepanjang tempoh berkempen.
01:11Katanya SPR sudah mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilaporkan.
01:15Beliau sebelum itu meninjau proses pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Malim, Melaka Tengah pada Sabtu.