00:01Dari Lawas ke Sibu hingga ke Kucing kami bawakan perkembangan Sarawak memilih
00:06Jadi untuk waktu ini kita nak melihat
00:08Bagaimana apabila gabungan parti Sarawak GPS memperkenalkan 11 muka baru
00:12Daripada keseluruhan 82 calon yang akan mempertahankan dominasi gabungan tersebut
00:17Mendepani pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13
00:21Dan pengurusinya Tansi Abang Johari Tun Oping berkata
00:24Ia mewakili 14% daripada jumlah keseluruhan calon yang akan mewakili gabungan berkenaan
00:30Dan untuk perincian lanjut kita terus bersama dengan rakan setugas Syaf Syukri yang kini berada di Kucing
00:41Baik, terima kasih Ahsan di Bukit Jalil
00:43Seperti Ahsan sebutkan tadi, saya dan juga jurukamera Arif Haziq berada di Kucing pada ketika ini
00:51Dan sebentar tadi telah berlangsung pengumuman senarai calon untuk gabungan parti Sarawak
00:55Mendepani pilihan raya negeri Sarawak yang ke-13
00:58Baik, 11 muka baru bermakna 71 calon kekal bertanding
01:05Untuk bertanding dalam PRN ke-13 pada kali ini
01:08Ahsan, seperti Ahsan sebutkan tadi
01:10Dan paling penting sebenarnya tiada direct candidate ataupun calon langsung
01:16Yang akan bertanding menggunakan logo GPS pada kali ini
01:19Dan mungkin kepada anda yang mungkin tidak familiar dengan istilah direct candidate ini
01:24Dalam konteks pilihan raya di Malaysia khususnya politik di Sarawak ini
01:28Calon langsung atau direct candidates merujuk kepada individu yang bertanding
01:33Menggunakan tiket atau lambang sesebuah gabungan parti politik
01:37Seperti gabungan parti Sarawak GPS
01:39Tanpa menjadi ahli mana-mana parti komponen dalam gabungan tersebut
01:43Dan konsep ini Ahsan digunakan sebagai mekanisme atau jalan tengah
01:48Untuk meletakkan calon yang berpotensi menang di sesuatu kawasan
01:52Tanpa mencetuskan pertikaian pembahagian kerusi antara parti-parti komponen
01:56Dan isu ini diangkat kerana semalam seperti yang saya kongsikan
02:00Menerusi Awani Borneo dan juga saya laporkan di astroawani.com
02:05Tiga kerusi tumpuan utama yang menjadi highlight sebelum pengumuman calon berlangsung pada hari ini
02:11Antaranya kerusi Dewan Undangan Negeri Angkelili, Bawang Asan dan juga Muara Tuang
02:19Menjadi sebutan dan fokusnya melihat kepada kerusi Don Angkelili dan juga Bawang Asan
02:24Kerana kedua penyandang dari kerusi tersebut mengumumkan keluar dari PDP pada hari Isnin lalu
02:32Dan ia seterusnya mencetuskan teka-teki adakah mereka akan bertanding secara direct kandidat
02:37Atau akan masuk ke mana-mana parti komponen yang bernaung di bawah gabungan parti Sarawak GPS
02:42Dan perkara itu juga sudah disahkan oleh calon dan juga penyandang kerusi Don Angkelili
02:49Dr. Jonikal Rayung Nipah yang sudah mengisahkan beliau kini menyertai parti rakyat bersatu SUPP
02:56Selepas mengumumkan keluar dari parti Demokratik Progresif PDP juga pada hari Isnin lalu
03:03Dan antara fokus lain dalam pengumuman calon yang dibuat oleh pengurusi GPS
03:08Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebentar tadi ialah penambahan calon wanita
03:13Jika pada PRN yang 12 yang lalu 4 calon wanita diketengahkan dan memenangi kerusi GPS di kawasan masing-masing
03:21Namun kali ini berlaku pertambahan 1 kerusi
03:24Saya juga telah mendapatkan respon langsung dari pergerakan wanita gabungan parti Sarawak
03:29Secara spesifiknya bersama dengan ketua wanita GPS Datuk Seri Fatimah Abdullah
03:33Yang menyambut baik pengumuman tersebut
03:35Mungkin kita boleh dengarkan apa kata Datuk Tan Sri Abang Johari Tun Openg
03:40Menerusi pengumumannya mengenai pertambahan calon wanita
03:43Seterusnya melihat kepada potensi calon muda dalam mendepani PRN ke-13 pada kali ini
03:51Pertamanya ialah kita telah meningkatkan jumlah wanita
03:55Kalau dulu ada 4 sekarang 5 tambah 1
04:00Kita juga menambah kumpulan pemuda
04:06Calon kita dikabung adalah calon pemuda
04:12Jadi maknanya kita ada menambah dan melihat keupayaan orang muda
04:20Dalam pilihan raya yang akan datang
04:24Semua komponen parti pun ada mengakalkan orang muda juga
04:31Betim Maru umurnya 30 lebih
04:37Dia Betim Maru umurnya 35
04:40Dan juga wanita dari Baru dari Berkenu adalah seorang engineer
04:48Senior engineer yang ada khidmat dulu sebelumnya keluar lah jadi calon di SCB
05:02Baik itu antara yang dikatakan oleh Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media sebentar tadi
05:07Dan antara lain antara fokus pentinjuk kita lihat kerana pada malam tadi kita juga melaporkan
05:12Bahawa Parti Keadilan Rakyat ataupun Keadilan Sarawak mengumumkan untuk tidak bertanding
05:17Dalam PRN kali ini dan seterusnya mendapat respon langsung daripada Abang Johari juga
05:21Di mana Abang Johari merakamkan ya penghargaan kepada parti-parti politik yang mengambil keputusan
05:27Untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri PRN Sarawak yang ke-13 ini
05:32Khususnya parti yang merupakan rakan dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan
05:37Sebelum ini Barisan Nasional telah mengumumkan tidak bertanding
05:40Dan Perikatan Nasional juga mengambil langkah sama untuk tidak bertanding
05:43Dan malam tadi Keadilan telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bertanding
05:47Bagi mengekalkan kestabilan politik di peringkat persekutuan
05:50Dan pastinya banyak lagi fokus akan kami bawakan untuk kita melihat kerusi-kerusi
05:55Yang akan menjadi tumpuan dan pastinya fokus pelaporan kami
05:58Selepas ini baik saya, Fadilah Sulaiman, Khalis Kadir dan juga Farhan Hakimi
06:03Akan memberi fokus kepada kerusi-kerusi yang menyaksikan pertabungan beberapa penjuru
06:09Dan itu akan kami bawakan secara langsung nanti Esan
06:13Selepas tamatnya hari ini dan saya kira banyak lagi fokus lain
06:16Selain pada kisah rakyat, political contestation
06:19Akan terus kami kongsikan di semua platform media sosial Sarawani
06:22Di asrawani.com dan juga di saluran 501 Esan
06:25Selain daripada fokus politik saya juga terfokus berkaitan dengan suara Syaf dah lain sikit
06:30Tetapi panjang lagi perjalanan di Sarawak
06:32Dan juga kita mengharapkan agar balik kepada sedia kala
06:36Dan juga perkembangan-perkembangan semasa
06:38Akan kita bawakan bersama dengan wartawan Esan Awani
06:41Yang kini membuat liputan di Sarawak