• 3 minutes ago
SpaceX menerima kelulusan FCC untuk melancarkan sehingga satu juta satelit menerusi projek Starmind bagi membangunkan pusat data kecerdasan buatan di orbit Bumi. Projek itu berpotensi mengubah masa depan pengkomputeran global.
Transcript
00:00SpaceX menerima kelulusan untuk melancarkan sehingga 1 juta satelit ke orbit bumi bagi membangunkan pusat data kecerdasan buatan atau AI
00:09di angkasa lepas.
00:11Kelulusan itu diberikan oleh Suranjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat atau FCC menerusi projek yang dikenali sebagai StarMind.
00:21Pengurusi FCC Brandon Carr berkata, langkah memindahkan kapasiti pengkomputeran ke angkasa merupakan antara pendekatan baharu bagi memenuhi permintaan terhadap teknologi
00:32AI yang semakin berkembang.
00:33Penyokong projek itu percaya pusat data di angkasa dapat memanfaatkan tenaga surya secara berterusan selain mempunyai potensi penyejukan yang lebih
00:43efisien berbanding kemudahan di bumi.
00:45Kelulusan tersebut turut membuka jalan kepada pelaksanaan konsep yang sering dipromosikan oleh pemilik SpaceX Elon Musk.
00:53Namun, projek berkenaan berdepan cabaran besar termasuk membina panel surya berskala besar, sistem penyejukan canggih dan teknologi penghantaran data berkelajuan
01:02tinggi.
01:02Di bawah syarat FCC, SpaceX perlu menempatkan 10% daripada jumlah satelit yang diluluskan menjelang November 2035.
01:11Jumlah itu perlu meningkat kepada 50% menjelang November 2038.
01:17Projek StarMine dilihat berpotensi mengubah landscape pengkomputeran global sekiranya berjaya direalisasikan pada skala yang dirancang.
01:26We will not be showing any stage 2 or deployment views today at the request of our

Recommended