00:00Baik, menjelang pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13, tumpuan terarah kepada MIRI antara bandar raya utama di utara Sarawak
00:07yang menjadi antara pemacu ekonomi negeri khususnya menerusi sektor minyak dan gas serta pelancongan.
00:13Namun sejauh mana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi itu memberi manfaat kepada penduduk setempat dan apakah harapan mereka terhadap hala tuju
00:21pembangunan MIRI?
00:23Ikuti tinjauan wartawan Farhan Hakimi dan jurukamera Nur Fahmi Muhammad Azhar dari MIRI.
00:32Baik, terima kasih rakan setugas di Bukit Jalil. Saya pada ketika ini berada di salah satu bandar utama di Sarawak
00:38iaitu di MIRI.
00:39Dan bila kita bercerita mengenai sejarah pembangunan MIRI, ia cukup sinonim dengan sektor minyak dan gas yang menjadi antara pemacu
00:48utama pertumbuhan ekonomi bumi kenyalang ini dan juga negara secara keseluruhannya.
00:53Dan saya secara spesifiknya berada di Bukit Kanada yang mana di belakang saya ini merupakan telaga minyak pertama di Malaysia.
01:00Dan itu bukanlah fokusnya untuk jam ini. Saya ingin berceritakan mengenai bagaimana sektor minyak dan gas ini boleh mengubah wajah
01:06MIRI daripada sebuah perkampungan kecil
01:09sehinggalah menjadi bandar yang membangun dan juga berkembang dengan cukup pesat seperti yang kita lihat pada hari ini.
01:17Dan mungkin sedikit trivia yang saya boleh kongsikan kepada anda pada tahun 2005, 20 Mei 2005, MIRI diiktiraf sebagai bandar
01:27raya ke-10 di Malaysia dan juga merupakan bandar pertama yang bukan ibu negeri menerima status tersebut.
01:35Tentunya menjelang pilihan raya negeri, PRN negeri Sarawak ke-13, saya dan jurukamera Nur Fahmi Mad Azhar meninjau kegiatan ekonomi
01:45masyarakat di sini
01:46dan juga kami ingin mendengar bagaimana limpahan ekonomi yang terhasil daripada sektor minyak dan gas ini
01:54mengubah ataupun meningkatkan kualiti hidup mereka selaku penduduk tempatan di sini.
02:01dan tentunya di sebalik kemajuan ini ada harapan dan juga aspirasi yang ingin mereka lihat untuk pemimpin negeri membangunkan lagi
02:13ataupun meningkatkan lagi kemajuan yang ada pada hari ini. Ini antara cadangan yang dikemukakan kepada kami.
02:20Kalau dekat MIRI yang kita sedia maklum, sini pun dah diistiharkan sebagai bandar raya MIRI kan
02:26jadi tarikan-tarikan untuk orang-orang luar datang itu pun itu jadi salah satu pandangan dari orang luar juga
02:36sebab sebenarnya kalau macam MIRI, mostly orang yang dari luar terutamanya macam orang dari Brunei, orang dari Bintulu, Sibu
02:44semua datang ke sini untuk minimati hasil-hasil yang ada dekat MIRI ini contoh-contohnya macam kedai-kedai makan
02:52mau MIRI maju
02:58MIRI maju maksudnya macam mana itu?
03:00eh bagus bisnes dia, banyak pelancong datang, macam itulah
03:07Bukan sejak dari segi bangunan, kita juga mau tengok dari segi jalan raya
03:13modis semakin mudah untuk macam mau pergi ke kampung
03:17ada yang masih jalan tanah lagi kan, kita boleh kembangkan lagi dari segi jalan dan ekonomi penduduk di MIRI
03:28semoga pelancong ataupun para turis datang ke MIRI untuk melihat bandar
03:38It's nice to have like public transport lebih banyak
03:42sebab MIRI ni bukan walkable city, so I was hoping untuk lebih banyak free public transport
03:47sebab sekarang ni memang ada free public transport lah, cuma ada certain tempat je
03:53baik tentunya itu antara harapan dan juga cadangan mengenai apa lagi yang boleh dilakukan
04:00untuk mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi di sini sehinggalah kemajuannya itu meningkat
04:08tetapi kalau saya boleh petik kenyataan unit komunikasi awam Sarawak UCAS
04:13sebenarnya sudah banyak pelaksanaan beberapa projek pembangunan strategik yang dijalankan
04:19termasuklah pembangunan pelabuhan MIRI, pembinaan rangkaian jalan raya ke kawasan pedalaman
04:23serta cadangan pembesaran lapangan terbang MIRI yang dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
04:30dan juga pembangunan mampan di MIRI ini dan juga wilayah utara Sarawak secara keseluruhannya
04:36tentunya saya tidak hanya akan berada di MIRI sahaja untuk mendapatkan cerita rakyat
04:41saya akan ke kawasan-kawasan sekitarnya dan juga untuk kita melihat persaingan politik
04:47menjelang piaraan Sarawak ke-13 dan tentunya segala data mengenai perkara tersebut
04:52akan saya cerap dan juga laporkan di semua platform Isro Awani termasuk di isroawani.com
04:58untuk waktu ini kita kembali ke rakan setugas di studio