00:00Seterusnya, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri Dun Pahang dibubarkan
00:08bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri PRN diadakan.
00:13Jawapan ringkas itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin tahu sama ada Dun Pahang akan
00:21dibubarkan.
00:23Pertanyaan Tuan Ibrahim itu susulan kenyataan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri Adun memberi bayangan bahawa persidangan kali ini merupakan yang
00:31terakhir bagi mereka.
00:33Sebelum ini, BN dilaporkan tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain meskipun mencatat momentum positif pada beberapa
00:42PRN termasuk di Melaka baru-baru ini.
00:45Penulis CBN, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata bagaimanapun keputusan berhubung perkara itu diserahkan kepada pemimpin negeri masing-masing untuk
00:54menilai kesesuaian mengadakan pilihan raya.