00:00Sektor pelancongan menjadi antara aspek penting yang mencerminkan potensi dan daya tarikan Melaka.
00:06Negeri itu sememangnya terkenal dengan keunikan sejarah, warisan budaya serta pelbagai destinasi menarik yang terus menjadi tumpuan pengunjung.
00:16Namun sejauh mana sektor ini mampu terus diperkasakan dan apakah potensi yang boleh diterokai bagi memastikan Melaka kekal sebagai destinasi
00:24pelancongan pilihan.
00:26Kita bersama dengan rakan setugas Syafiqah Azami untuk laporannya Syafiqah. Mungkin boleh kongsikan perinciannya Syafiqah.
00:37Air mengalir tenang beralun, river cruise menyusur di Sungai Melaka. Warisan sejarah terus tersusun menjadi tarikan pelancong serata dunia.
00:47Baik, terima kasih Syafiqah yang berada di Bukit Jalil. Saya kini berada di atas Sungai Melaka ataupun lebih dikenali sebagai
00:54salah satu tarikan di bumi bersejarah ini, di negeri bersejarah ini iaitu di atas River Cruise Melaka.
01:01Dan seperti kita tahu, walaupun di Melaka ini, River Cruise menjadi salah satu tumpuan utama di mana setiap kali musim
01:08cuti persekolahan, di mana mereka mengambil peluang untuk naik di atas River Cruise ini.
01:13Tetapi ada satu perkara lagi yang mereka tidak tahu iaitu perkhidmatan hop on and hop off ataupun ho-ho ataupun
01:20water taxi di River Cruise Melaka ini.
01:23Di mana berbeza dengan apa yang selalu pelancong naik di atas River Cruise ini, hanya one trip sahaja tetapi kalau
01:29menggunakan ho-ho, dia boleh satu hari perjalanan menggunakan water taxi di River Cruise Melaka ini.
01:36Dan seperti yang kita katakan, di negeri bersejarah ini tentunya Melaka menjadi salah satu tarikan tempat pelancongan di Malaysia yang
01:45mana sebanyak 15.9 juta kehadiran pelawat dan juga lebih daripada 11.2 juta pelancong setakat Ogos dan September pada
01:55tahun ini, Syaf.
01:56Dan kalau kita lihat juga rekod daripada DOSEM sebanyak 20.8 juta pelawat pelancong domestik ke Melaka pada tahun sebelumnya
02:07dan tentunya kita akan lihat berapa jumlah pada tahun ini.
02:11Dan seperti yang kita tahu, keperbagaian negeri Melaka ini kaya dengan sejarahnya, dengan tarikan-tarikan utamanya di sini.
02:19Tentunya kita akan lihat keperbagaian produk pelancongan berasaskan acara dan juga festival dan juga festival.
02:26Dan antara festival yang akan dianjurkan pada tahun ini adalah Karnival Udara Antarabangsa Melaka dan Festival Warisan Dunia UNESCO.
02:35Dan kalau kita lihat di bumi Melaka ini tentunya sayang daripada pelancong yang datang dan juga tarikan-tarikan yang disediakan
02:44di bumi Melaka ini
02:45tentunya memberi limpahan dari segi ekonomi kepada sektor perhotelan, pemandu pelancongan dan juga peniaga cenderamata di sini.
02:54Dan seperti yang kita tahu, Melaka ini juga telahpun dinobatkan sebagai negeri ataupun tuan rumah bagi tahun melawat Malaysia 2026.
03:05Dan juga ini mengambilkan sempatan untuk negeri Melaka memperkenalkan produk-produk mereka kepada pelancong dan juga domestik.
03:14Saya juga mendapatkan salah satu penyandang ataupun EXCO negeri Melaka sebelum ini tentang apa yang ada di negeri Melaka.
03:24Dengan adanya Hari Pelancongan Sudunia ataupun World Tourism Day dan juga World Tourism Conference ini,
03:31kita dapat mempromosikan Melaka ini khususnya ke asa antara dunia dengan bantuan daripada keanggotaan yang datang
03:40sebenarnya World Tourism Day dan juga World Tourism Conference itu mereka,
03:45bila balik ke negara mereka, mereka menceritakan apa kesetimewaan, apa yang ada di dalam Malaysia dan juga di Melaka ini.
03:53Lebih lagi, kita di Melaka ini mendapat piktirafan UNESCO.
03:56Banyak perkara yang mereka kongsikan kepada peminat-peminat pelancongan ini.
04:05Jadi secara tak langsung, mereka membantu kita mempromosikan negeri Melaka dalam sektor pelancongan ini.
04:16Baik, itu adalah salah satu pandangan yang dikeluarkan oleh penyandang
04:20ataupun sebenarnya salah satu calon di N23 Teluk Mas
04:24yang akan bersaing dengan dua lagi pencabar beliau pada PRN pada kali ini.
04:29Tentunya negeri Melaka ini, seperti saya katakan, menjadi salah satu tarikan yang menarik setiap kali cuti persekolahan itu berlangsung.
04:37Dan bukan sahaja di Bandar Hilir dan juga Kota Melaka,
04:42kalau anda datang di Bumi Melaka ini, ada juga lokasi-lokasi lain yang boleh anda pergi,
04:47seperti di Pantai Siring dan juga di area Jasin, ada juga tarikan seperti kereta lembu yang perlu anda terukai.
04:55Tentunya, itu sedikit sebanyak yang dapat saya perincikan tentang apa yang menarik pelancongan
05:00ataupun tarikan-tarikan di Bumi Melaka ini.
05:03Dan tentunya, saya dan juga rakan-rakan tugas akan membawakan perkembangan selanjutnya
05:07menjelang dua hari sahaja lagi untuk pilihan raya negeri Melaka.
05:11Kita kembali kepada rakan-rakan tugas, Syaf di Bukit Jalil.
05:16Baik, terima kasih Syafiqah Azami untuk laporan tersebut.
05:19Kita mengharapkan Syafiqah dan rakan-rakan yang lain berada di Melaka untuk terus menjaga kesihatan.
05:23Dan pastinya, banyak lagi laporan akan terus kami bawakan.
05:26Kita berhenti tak seketika bertemu semula selepas ini.