Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu tindakan yang melangkaui atau mengatasi undang-undang, sebaliknya merupakan sebahagian daripada kerangka undang-undang tertinggi negara itu sendiri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu tindakan yang melangkaui atau mengatasi undang-undang, sebaliknya
00:09merupakan sebahagian daripada kerangka undang-undang tertinggi negara itu sendiri.
00:14Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Osman Said menegaskan, naratif yang cuba menggambarkan pelaksanaan prerogatif Perlembagaan itu sebagai tindakan mengatasi
00:23undang-undang adalah tersasar dan tidak tepat dari sudut perundangan.
00:28Jelas beliau walaupun prinsip kedaulatan undang-undang menetapkan tiada mana-mana pihak berada di atas undang-undang, semua pihak pada
00:36masa sama tertakluk sepenuhnya kepada keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
00:40Katanya kuasa pengampunan bukanlah kuasa di luar undang-undang dan ia merupakan kuasa yang diperuntukkan secara nyata oleh perkara 42
00:49Perlembagaan Persekutuan.
00:50Bagi kesalahan yang dilakukan di wilayah-wilayah Persekutuan, perkara 42 memperuntukkan kuasa pengampunan kepada yang dipertuan agung serta menetapkan kerangka
01:00lembaga pengampunan.
01:02Maka tidak wajar menggambarkan pelaksanaan kuasa pengampunan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan sebagai tindakan mengatasi undang-undang.
01:09Dalam pada itu, Azalina yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi menjelaskan keputusan institusi kehakiman
01:18dan proses pengampunan merupakan dua instrumen yang berbeza dan mempunyai penghususan fungsi masing-masing.
01:24Menurut beliau, mahkamah bertindak menjalankan fungsi kehakiman untuk menentukan pensabitan kesalahan dan menjatuhkan hukuman,
01:32manakala perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pula menyediakan jalan keluar Perlembagaan bagi pengampunan, tunda hukuman maupun kelegaan hukuman.
01:41Jelasnya kewujudan kuasa pengampunan dalam Perlembagaan tidak bermakna keputusan mahkamah diketepikan atau seseorang individu berada di atas undang-undang.
01:50Sehubungan itu, Azalina menegaskan setiap institusi termasuk lembaga pengampunan, peguam negara serta menteri berkaitan perlu dilihat bertindak mengikut batas kuasa
02:01perkara 42 dan tata cara perundangan yang sah bukannya dihakimi menerusi sentimen atau tafsiran politik.
Comments

Recommended