00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengesahkan telah merakam keterangan bekas pengelusi Felda Tan Sri Muhammad Isa Abdul Samad di penjara
00:09Sungai Buloh pada 17 September lepas bagi membantu sasatan kes OPSFELA.
00:14Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Sri Abdul Halim Aman berkata rakaman keterangan itu berkaitan isu pembelian dan pelaburan aset oleh Felda
00:23serta Felda Investment Corporation Senyam Rahat FICSB yang disyaki terdapat unsur rasuah dan penyelewengan.
00:33Katanya siasatan masih berjalan dan rakaman keterangan telah dibuat pada 17 September di penjara Sungai Buloh dan dijangka bersambung minggu
00:41depan.
00:42Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kajang pada Sabtu.
00:46Beliau berkata siasatan berkenaan meliputi tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2020 dengan sebanyak 6 kertas siasatan baru dibuka
00:55manakala satu lagi kertas siasatan lama diteruskan.
00:58Setakat 18 September sebanyak 34 saksi telah dipanggil dan keterangan mereka dirakamkan berkaitan dengan kes-kes yang disiasat oleh pihak
01:06SPRM iaitu sebanyak 7 kes
01:09dan antara saksi itu ialah bekas ahli lembaga pengarah Felda dan bekas ahli lembaga pengarah FICSB.
01:15Abdul Halim berkata daripada 7 kes terbabit, SPRM kini merumpukan kepada isu membabitkan dawaan penyelewengan dalam projek Kuala Lumpur Vertical
01:24City KLVC.
01:25Bagi kes itu, SPRM telah menahan dua individu iaitu bekas pengarah besar Felda dan juga bekas ketua pegawai eksekutif FICSB.
01:35Mereka telah direman beberapa hari oleh mahkamah dan kini dibebaskan dengan jaminan SPRM.
01:41Beliau berkata keterangan daripada 30 saksi termasuk ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan Felda telah dirakam berhubung siasatan KLVC yang
01:50kini telah selesai.
01:51Tambah beliau, SPRM akan memperakukan pertuduhan terhadap kedua-dua individu yang dinyatakan itu berdasarkan kertas siasatan tersebut.
02:00SPRM juga akan mendapatkan izin daripada Jabatan Peguam Negara bagi meneruskan dari segi pendakwaan dan sebagainya.
Comments