Skip to playerSkip to main content
Lebih lapan juta pengguna domestik menikmati aras perlindungan 800kWj sebulan bagi bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa bermula penggunaan elektrik September 2026 hingga 31 Disember 2026.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkata, jumlah tersebut merangkumi 90 peratus pengguna, bersamaan dengan tambahan hampir satu juta pengguna domestik berbanding aras 600kWj sebelum ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796894/berita/nasional/lebih-8-juta-pengguna-tnb-nikmati-manfaat-perlindungan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TNB #Bilelektrik #Perlindungan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 8 juta pengguna domestik menikmati aras pelindungan 800 kW per jam sebulan bagi Bil Tenaga Nasional Berhak TNB berkuatkuasa
00:08bermula penggunaan elektrik September 2026 hingga 31 Disember 2026.
00:14Presiden dan Ketua Pegawai Ezeketif TNB Datuk IRT S Syamsul Ahmad berkata, jumlah tersebut merangkumi 90% pengguna bersamaan dengan
00:23tambahan hampir 1 juta pengguna domestik berbanding aras 600 kW per jam sebelum ini.
00:29Menurutnya peningkatan aras tersebut membolehkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 800 kW per jam dan kebawah sebulan dikecualikan daripada cas
00:39pelarasan kos bahan api secara automatik AFA, cukai jualan dan perkhidmatan HST sebanyak 8% serta cas perucitan RM10 dalam
00:50bil elektrik bulanan.
00:52Bagi penggunaan bulan September, jumlah pengurangan akan dikreditkan di dalam bil elektrik bulan Oktober.
00:57Selepas Disember, kita akan berbincang dengan kerajaan apakah kaedah terbaik untuk kita menangani impak berkaitan.
01:03Beliau berkata demikian ketika taklimat media mengenai mekanisme pelindungan tambahan buat pengguna domestik elektrik.
01:10Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan memperluaskan pelindungan bil elektrik kepada pengguna domestik dengan penggunaan sehingga
01:19800 kW per jam sebulan berbanding had 600 kW per jam sebelum ini.
01:24Dalam pada itu, Syamsul menjelaskan, menerusi peningkatan arah tersebut, TNB dijangka menampun cas AFA dan cas perucitan berjumlah sekitar RM120
01:34juta hingga RM150 juta sepanjang tempoh pelindungan tambahan tersebut berkuat kuasa.
01:41Langkah ini diambil bagi mengurangkan impak penggunaan elektrik terhadap kos sara hidup pengguna selain memastikan rakyat kekal dilindungi daripada perubahan
01:50kadar AFA yang dipengaruhi ketidaktentuan pasaran kos bahan api global.
01:55Ketidaktentuan itu berikutan krisis di Asia Barat serta peningkatan penggunaan elektrik disebabkan oleh cuaca panas dan jerebu yang sedang melanda
02:04ketika ini.
02:05Walaubagaimanapun katanya pengguna perlu terus mengekalkan amalan cekap tenaga khususnya ketika negara berdepan gelombang cuaca panas dan jerebu.
02:14Pengguna disarankan memantau penggunaan elektrik menerusi aplikasi MyTNB menetapkan penyaman udara antara 24 hingga 26 darjah celsius serta menggunakan peralatan
02:26elektrik dengan penarafan kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang.
02:30Selain itu, turut disarankan agar pengguna beralih kepada skim time of use TOU dengan menggunakan tenaga pada waktu luar puncak
02:38iaitu antara pukul 10 malam hingga 2 petang pada Isnen hingga Jumaat serta sepanjang hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
02:47Dia akan efektif 1 September. Consumption base. Bukan bil punya tarikh tau. Consumption bermula daripada 1 September. Jadi kita akan
03:00back it lah.
03:01Jadi you will see the impact in your October bil. Siapa yang dapat lewat sikit bila kita calculate dan whatever
03:10yang kita dah charge tu kita akan rebatekan dalam October punya bil.
03:14So you will see quite a significant reduction in your automobile.
Comments

Recommended