Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Donald Trump menjangkakan pelbagai perjanjian akan dimeterai semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Washington minggu depan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Presiden AS Donald Trump menjangkakan banyak perjanjian akan dimeterai semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Washington minggu
00:09depan.
00:10Menurutnya hubungan beliau dengan Xi Jinping adalah baik dan yakin pertemuan itu akan berlangsung dalam suasana positif.
00:20Tambah beliau, AS dan China kini mempunyai hubungan yang baik meskipun sebelum ini berdepan isu berkaitan tarif perdagangan.
00:27Trump berkata China telah membayar tarif yang tinggi kepada AS dan menyifatkan langkah itu, memberi kesan besar kepada ekonomi negara
00:35berkenaan.
00:36Xi Jinping dijadual mengadakan lawatan ke Washington minggu depan dan bertemu Trump pada 24 September.
00:42Trump turut menyatakan bahawa lawatan itu berkemungkinan menyaksikan pemetraian beberapa perjanjian baru antara kedua negara.
00:49Pertemuan berkenaan dijangka memberi tumpuan kepada hubungan ekonomi, perdagangan dan kerjasama strategik antara dua kuasa besar dunia itu.
00:57terima kasih.
00:58Terima kasih.
Comments

Recommended