Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
PBB memberi amaran situasi kemanusiaan di Yemen semakin meruncing dengan 22 juta penduduk kini bergantung kepada bantuan dan lebih 112,000 kehilangan tempat tinggal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran krisis kemanusiaan di Yemen semakin meruncing.
00:06Susulan pertempuran berterusan yang menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan memerlukan bantuan kecemasan.
00:14Menurut Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi atau IOM, seramai 22 juta penduduk kini bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.
00:27Ketua misi IOM di Yemen, Abdul Sattah Isof berkata, sumber dan bekalan bantuan semakin berkurangan dan dijangka habis dalam tempoh
00:35terdekat.
00:36Pertempuran terkini menyebabkan sekurang-kurangnya 112 ribu orang kehilangan tempat tinggal.
00:42Lebih 100 ribu daripadanya dilaporkan melarikan diri dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
00:47IOM turut melaporkan ramai wanita terpaksa melarikan diri bersama anak-anak mereka dalam keadaan serba kekurangan.
00:55Sementara itu, tabung penduduk PBB atau UNFPA menganggarkan 2 ribu wanita hamil turut menjadi mangsa perpindahan akibat konflik.
01:04Agensi-agensi PBB turut memberi amaran bahawa kebanyakan program bantuan kemanusiaan ketika ini menerima kurang daripada 20% dana yang
01:12diperlukan.
01:12Mereka kini merayu sumbangan segera daripada komuniti antarabangsa bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada jutaan penduduk yang terjejas.
Comments

Recommended