Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Bekas kapal perang Itali itu akan digunakan bagi keselamatan maritim, operasi helikopter dan tindak balas bencana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indonesia menerima kapal pengangkut pesawat pertamanya, bekas kapal perang Itali, Is Giuseppe Garibaldi, dalam usaha memperkukuh keselamatan maritim dan keupayaan
00:11tindak balas bencana.
00:13Kapal berusia 41 tahun itu disambut dalam satu upacara ketenteraan selepas tiba di pengkalan tentera laut di Pelabuhan Tanjung Priok,
00:21Jakarta Utara pada Jumaat.
00:25Ketua Turus Tentera Laut Indonesia Lasmana Muhammad Ali berkata kapal itu akan digunakan terutama bagi operasi ketenteraan selain peperangan, namun
00:34boleh dikerahkan untuk misi tempur jika diperlukan.
00:38Kapal berkenaan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 14 helikopter dan dijangka boleh berkhidmat antara 15 hingga 20 tahun lagi dan ia
00:46akan ditahuliahkan sebagai KRI Sriwijaya pada minggu depan.
00:49Presiden Prabowo Subianto sebelum ini berkata kapal itu akan diubah suai untuk membawa helikopter dan drone selain berfungsi sebagai pusat
00:57arahan bergerak ketiga kebakaran hutan, banjir, gempa bumi serta letusan gunung berapi.
01:03Perolehan itu menjadikan Indonesia negara kedua di Asia Tenggara memiliki kapal pengangkut pesawat selepas Thailand.
01:10Bagaimanapun program itu turut mencetuskan persoalan mengenai kos dan keperluannya.
01:14Kementerian Kewangan Indonesia meluluskan pembiayaan RM450 juta manakala kos ubah suai sahaja dianggarkan boleh mencecah RM900 juta.
01:24Pakar pertahanan berpendapat Indonesia perlu menilai kos operasi, penyelenggaraan, tenaga kerja dan infrastruktur sokongan bagi memastikan manfaat kapal itu tidak
01:32dibebani kos yang terlalu tinggi.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended