Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Beberapa akaun media sosial dan individu dikenal pasti bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa menyentuh institusi Raja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC menjalankan siasatan terhadap sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan didakwa
00:09menyentuh institusi raja Malaysia serta rukun negara.
00:13Semakan awal mendapati rakaman itu berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 yang kini kembali disebarkan di media sosial.
00:21MCMC memaklumkan beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan sudah dikenalpasti bagi membantu siasatan.
00:27Suruhan Jaya itu turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia untuk melengkapkan siasatan termasuk berkaitan bukti digital.
00:37Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video itu
00:45bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan.
Comments

Recommended