Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
MBPP menegaskan iklan jawatan kosong yang tular di media sosial adalah palsu dan menasihatkan orang ramai agar tidak mengimbas kod QR atau memberikan maklumat peribadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Bandar Raya Pulau Pinang MBPP menafikan pengeluaran satu iklan jawatan kosong yang kini tular di media sosial dengan menggunakan
00:09nama serta identiti pihak berkuasa tempatan itu.
00:12Menurutnya dalam satu kenyataan, iklan berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan secara rasmi oleh pihaknya.
00:20Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan iklan tersebut.
00:24MBPP turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengimbas kod QR atau kod bar yang disertakan dalam iklan itu.
00:32Pihak berkuasa tempatan itu juga menasihati orang ramai supaya tidak memberikan maklumat peribadi atau kewangan dan tidak mengisi sebarang borang
00:40dalam talian yang dikaitkan dengan iklan berkenaan.
00:43Menurut MBPP, semakan berkaitan kekosongan jawatan hendaklah dibuat melalui bahagian pengurusan modal insan atau saluran rasmi pihak berkuasa tempatan tersebut.
00:52Orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan diminta merujuk terus kepada MBPP bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Comments

Recommended