Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kamera apertur boleh laras dan ciri AI menjadi tarikan utama ketika iPhone 18 mula dijual di lebih 65 pasaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peminat Apple berbaris di luar premis utama syarikat itu di Fifth Avenue, Manhattan.
00:05Pada Jumaat sempena hari pertama jualan iPhone 18, Ketua Pegawai Ezeketif Apple, John Ternus, membuka pintu premis dan menyambut pelanggan
00:14sebelum mereka bergegas masuk untuk melihat peranti terbaru itu.
00:20Antara tarikan utama iPhone 18 ialah kamera dengan aperture boleh laras, ciri kecerdasan buatan, prestasi lebih baik serta peningkatan pada
00:28sistem pengecasan.
00:30Ciri aperture boleh laras itu memberikan pengguna kawalan lebih besar takda kedalaman medan ketika merakam gambar selain rekaan Dynamic Island
00:38yang lebih kecil.
00:39Menurut Evercore ISI, hasil tinjauan mendapati 53% bakal pembeli merancang mendapatkan iPhone 18 Pro atau Pro Max meningkat daripada
00:4951% dalam tinjauan terdahulu.
00:52Pelancaran itu dipantau rapat pelabur dan penganalisis bagi menilai sama ada ciri AI, peningkatan kamera dan perkakasan baru mampu mendorong
01:00kitaran naik taraf serta meningkatkan jualan iPhone.
01:03iPhone 18 mula dipasarkan di lebih 65 negara dan wilayah pada Jumaat sekaligus menunjukkan kepentingan global produk utama Apple itu.
Comments

Recommended