00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melarang CNN, MSNOW dan Politico daripada membuat liputan di White House pada Jumaat.
00:08Bercakap kepada wartawan di White House, Trump turut memberi amaran bahawa beliau mungkin mengenakan larangan sama terhadap organisasi media yang
00:17lain.
00:20Menerusi hantaran media sosial, Trump mendakwa ketiga-tiga organisasi media itu menyiarkan berita palsu, fiksyen dan pembohongan berkaitan pentadbirannya serta
00:29Amerika Syarikat.
00:30Tindakan itu dijangka dicabar kerana didakwa bercanggah dengan pindaan pertama perlembagaan Amerika Syarikat yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan media.
00:38CNN, MSNOW, Politico dan National Press Club belum memberikan maklum balas.
00:43Sebelum ini, Trump turut menghalang Associated Press daripada kumpulan wartawan rasmi kerana enggan menggunakan nama Teluk Amerika bagi Teluk Meksiko.
Comments