Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Model AI Google mengakses sistem tiga organisasi selepas tersilap menganggap laman berkenaan termasuk dalam skop ujian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Model kejadasan buatan Gemini milik Google didapati mengakses internet dan menceroboh sistem tiga organisasi lain secara autonomi ketika menjalani ujian
00:10keselamatan saiber.
00:11Insiden berlaku pada Mei lalu dalam penilaian yang dijalankan syarikat keselamatan saiber bebas, Irregular.
00:17Gemini difahamkan menyangka ketiga-tiga laman web itu termasuk dalam skop ujiannya.
00:26Dalam satu kes, model berkenaan meneka kata laluan sehingga berjaya mengakses sistem dilindungi.
00:32Bagi dua kes lain, Gemini menemukan maklumat log masuk dalam repository awam sebelum mengakses sistem berkenaan.
00:40Nek Presiden Kejuruteraan Keselamatan Google, Heather Atkins berkata, ketiga-tiga organisasi sudah dimaklumkan dan perubahan turut dilakukan terhadap proses ujian.
00:49Cerminai juga dilaporkan menghentikan tindakannya dalam ketiga-tiga insiden.
00:53Insiden hampir sama yang dikaitkan dengan ujian Irregular sebelum ini turut didedahkan Meta, Entropic dan OpenAI.
01:00Irregular memaklumkan semua isu yang dikenalpasti sudah diatasi.
01:05Perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai pelindungan dan kawalan yang diperlukan ketika ejen AI diberikan lebih banyak autonomi serta akses kepada
01:13internet dan sistem komputer.
Comments

Recommended