Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Leopardus tilcayo menjadi spesies kucing liar hidup baharu pertama dinamakan dan dihuraikan dalam tempoh lebih satu abad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Satu spesies kucing liar baru dikenalpasti di sebuah pusat perlindungan hidupan liar di Bolivia selepas haiwan itu dipelihara di sana
00:08selama bertahun-tahun.
00:09Penemuan yang dilaporkan dalam Jurnal Current Biology itu menjadi kali pertama.
00:14Saintis menamakan dan menghuraikan spesies kucing liar hidup baru dalam tempoh lebih satu abad.
00:23Kucing jantan berusia kira-kira 10 tahun itu lebih kecil daripada kucing peliharaan biasa dengan panjang 46 cm dan berat
00:30hanya 1.4 kg.
00:32Bulunya berwarna coklat muda dengan corak tumpukan gelap menyerupai harimau bintang.
00:37Analisis genetik terhadap lebih 30 kucing dari Colombia, Peru dan Brazil mendapati haiwan itu tergolong dalam spesies yang tidak pernah
00:44dikenalpasti sebelum ini.
00:45Garis keterunannya dipercayai berpisah daripada spesies berkaitan kira-kira 1.4 juta tahun lalu.
00:52Spesies itu dinamakan Lepardus tilkayo mengekalkan nama yang digunakan komuniti tempatan di hutan awan tropika penggunungan Andes.
01:01Nama itu dipilih bagi menghargai pengetahuan warisan dan hubungan masyarakat tempatan dengan haiwan berkenaan.
01:06Penyelidik masih belum mengetahui jumlah populasi, corak pemakanan, tingkah laku dan keseluruhan habitat spesies itu.
01:12Setakat ini kehadirannya hanya disahkan di hutan Yanggaz, Bolivia.
01:18Saintis berharap pengiktirafan spesies baru itu dapat membantu melindungi habitatnya yang semakin terancam akibat penerbangan hutan dan aktiviti pelombongan.
Comments

Recommended