00:00Dalam pada itu, Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu mahu kerajaan memberikan penjelasan terperinci berhubung pelaksanaan tahanan rumah ke atas Datuk
00:09Seri Muhammad Najib.
00:10Menurut Setiausaha Agong Bersatu Datuk Seri Muhammad Azmin Ali, parti itu kekal berpegang kepada prinsip negara hukum, keadilan dan kesaksamaan
00:19dalam pelaksanaan hukuman.
00:20Beliau berkata bersatu menghormati kuasa yang dipertuan agung di bawah perkara 42 Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan pengampunan.
00:28Namun menurutnya, rakyat berhak mendapat keyakinan bahawa tiada piawaian berbeza dalam pelaksanaan hukuman berdasarkan kedudukan atau pengaruh seseorang.
00:38Azmin berkata kerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria bagi pelaksanaan tahanan rumah.
00:46Beliau juga mahu semua syarat yang dikenakan ke atas Najib dinyatakan secara terperinci dan dimaklumkan kepada rakyat.
00:53Menurut bersatu, ketelusan dalam pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan penting bagi mengelakkan keresahan rakyat dan memelihara keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.
Comments