Skip to playerSkip to main content
  • 40 minutes ago
Polis Johor menumpaskan dua sindiket dadah dengan penahanan empat individu serta rampasan pelbagai jenis dadah seberat lebih 25 kilogram (kg) dalam operasi di Kulai dan Kluang, minggu lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Johor menumpaskan dua sindiket dadah dengan penahanan empat individu serta rampasan pelbagai jenis dadah seberat lebih 25 kg dalam
00:10operasi di Kulai dan Keluang minggu lepas.
00:12Ketua Polis Johor, Dato' Ebi Rahman Arsad berkata, dalam operasi pertama pada 11 September lepas,
00:18bagian siasatan jenayah narkotik daerah Kulai menyerbu dua lokasi di sekitar Kampung Sepakat Baru, Senai pada 6 petang dan menahan
00:27tiga individu iaitu dua lelaki tempatan serta seorang wanita berusia 18 hingga 54 tahun.
00:36Beliau berkata pemeriksaan di lokasi pertama di sebuah rumah yang dibina secara haram di Kampung Sepakat baru menemukan syabu seberat
00:4372 gram, heroin 59 gram, piliaba 5 gram, ganja 57 gram dan 10 paket plastik disyaki mengandungi kefin selain turut
00:53merampas sepucuk pistol jenis CZ dan 79 butir peluru 9mm.
00:57Dalam serbuan kedua di lokasi yang sama, polis menahan seorang wanita berusia 18 tahun dan merampas tiga paket plastik disyaki
01:05mengandungi syabu seberat kira-kira 75 gram
01:08serta satu paket disyaki heroin seberat 10 gram dengan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah 0.278 kilogram bernilai kira
01:16-kira RM11,401.
01:20Berdasarkan risikan, dua lelaki itu dikenal pasti sebagai pengendar dadah manakala wanita berkenaan berperanan sebagai pengurus kewangan
01:26yang menguruskan pembayaran hasil jualan dadah.
01:29Ketiga-tiga suspek direman selama 10 hari sehingga 21 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
01:371952,
01:39Seksyen 30 Kurungan 3 Akta Racun 1952 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api Kurungan Penalti Lebih Berat 1971.
01:48Sementara itu dalam operasi kedua 13 September lepas, bahagian siasatan jenayah narkotik Keluang menyerbu sebuah rumah di Jalan Jelutong Taman
01:55Lingseng Keluang pada tiga petang dan menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 18 tahun.
02:01AB Rahman berkata hasil pemeriksaan menemukan 8 paket plastik disyaki syabu seberat 8.11 kilogram dan 38 paket plastik disyaki
02:11heroin seberat 17.84 kilogram dengan nilai keseluruhan kira-kira 1.29 juta ringgit.
02:18Katanya suspek direman dari 14 hingga 20 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended